1 Keluarga 1 Kilogram Emas

Target simpanan emas untuk setiap keluarga

Target simpan emas sampai cukup #1keluarga1kilogram. Jumlah tu in shaa Allah cukup sebagai pelindung kekayaan untuk sebuah keluarga.

Pesan guru emas saya, En Mohd Zulkifli Shafie;

Nak ada 1 kilogram emas, mulakan dulu dengan #1gram1bulan melalui #AkaunEmasGAP Public Gold. Jangan tunggu duit banyak baru nak beli emas. Tetapi mulakan dulu walaupun hanya 1 gram.

Mulakan hari ini. Nanti sedar-sedar dah ada 10 gram, 100 gram, dan 1,000 gram! In shaa Allah. Simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Gold bar 1 kilogram ini sesuai untuk sesiapa yang memiliki berkilo-kilogram emas. Siapa yang hanya ada 1 kilogram emas, saya syorkan pecahkan kepada item yang lebih kecil, dengan kombinasi pelbagai item dari 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram.

Bila nak pakai duit, boleh di ar-rahnu (gadai) atau jual sikit-sikit.

Itu tip ringkas bagi sesiapa yang ada cita-cita nak memiliki 1 kilogram emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *