Cara memaksimakan keuntungan pelaburan emas

Antara cara memaksimakan keuntungan pelaburan emas ialah membeli dan menyimpan emas yang bersaiz lebih besar!

Seperti kebanyakan barangan lain, harga per gram emas akan jatuh semakin berat emas tersebut. Sebagai contoh: Harga emas gold bar 20 gram di Public Gold pada 3 Julai ialah RM7,655. Ini bermakna harga per gram emas ini ialah RM382.75 per gram.

Harga emas gold bar 1,000 gram di Public Gold pada tarikh yang sama ialah RM377,972. Ini bermakna harga per gram emas ini ialah RM377.98 per gram.

Jadi, semakin berat emas tersebut, harga per gramnya akan jatuh – menjadi lebih murah.

Inilah sebab pertama kita akan lebih untung membeli emas yang berat berbanding dengan emas yang ringan, dengan syarat kita mempunyai bajet yang mencukupi.

Tambahan pula, harga emas 5 gram dan yang lebih ringan di Public Gold dijual dengan harga runcit – bukan harga pasaran. Sebagai contoh: Harga emas 1 gram di Public Gold pada 3 Julai ialah RM435 – jauh lebih tinggi daripada harga RM377.98 per gram apabila anda membeli 1,000 gram seperti yang dinyatakan sebelum ini. Dan harga RM435 ini kekal – tidak disesuaikan mengikut naik turun harga pasaran.

Jadi, itulah dua sebab mengapa kami mengesyorkan tuan puan dan untuk memilih emas yang berat, dengan syarat ada bajet yang mencukupi.

Jika anda tidak mempunyai bajet untuk membeli emas yang berat sekarang, ada solusinya dengan Public Gold!

Anda boleh membeli emas tersebut melalui akaun GAP dahulu. Ingatlah bahawa harga emas di akaun GAP adalah harga emas terendah Public Gold. Malah, anda boleh membeli emas di akaun GAP dengan modal serendah RM100 sahaja.

Jadi, belilah emas di akaun GAP dahulu. Kumpulkan emas di akaun GAP dan keluarkan emas fizikal itu apabila jumlahnya mencapai 50 gram atau lebih.

Ya, kami sendiri juga mengamalkan strategi ini. Kami membeli dan mengumpul emas di akaun GAP setiap bulan. Kemudian, kami akan terbitkan emas fizikal apabila jumlahnya mencapai 50 gram atau lebih.

Kesimpulannya – pilih emas yang berat jika anda mempunyai bajet yang besar. Pilih emas di akaun GAP jika bajet kecil.

Yang paling penting adalah untuk menyimpan emas secara konsisten – sebaiknya setiap bulan.

Hubungi kami sekarang untuk memulakan simpanan emas Public Gold anda. Insya-Allah kami bantu sebaiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *