Dana/Tabung Tunai Haji Semakin Jimat Dengan Emas

๐‰๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐๐€ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐„๐Œ๐€๐’

Sama ada kita suka ataupun tidak, inilah realiti hari ini yang terpaksa kita terima. Kos haji meningkat tapi ringgit semakin menurun. Tiada lagi subsidi untuk golongan T20 dan golongan B40 sahaja yang menerima subsidi.

Ramai di antara kita di sini terlepas pandang bahawa sebenarnya kos menunaikan haji jika dibiayai dengan emas adalah semakin berkurang dari tahun ke tahun.

Saya nak kongsikan satu kisah menarik Ustaz Syahrul bersama isterinya di mana beliau hanya menjual 100gram emas daripada 180gram emas yang beliau simpan pada tahun 2016 untuk dana mengerjakan haji pada tahun 2024 ini berbanding pada tahun 2016 dulu di mana beliau perlu menjual 180gram emas bersamaan +/-RM63 000 harga hari ini (kos haji 1 orang) untuk dana mengerjakan haji tanpa sebarang subsidi dari kerajaan. Jika untuk 2 orang beliau memerlukan 360gram emas untuk dana mengerjakan haji pada ketika itu.

Beliau telah jimat sekitar 80gram (kos haji 1 orang) bersamaan +/-RM28 000 pada tahun ini untuk kos mengerjakan haji. Jika 2 orang, beliau telah jimat sekitar +/-RM56 000 (160gram emas).

Jika matlamat anda simpan emas untuk dana haji, pasang niat siap-siap untuk mengerjakan haji pada usia muda. Apa yang menarik bila kita simpan dana haji dalam bentuk emas, lebih-lebih lagi apabila target dan matlamat simpanan kita melebihi 2 tahun, kos haji semakin menurun dengan simpanan emas berbanding jika kita simpan dalam bentuk tunai. Dengan kata lain kita tak perlu tambah jumlah duit. Untuk simpanan jangka masa panjang, simpan emas. Sebab bila dibandingkan, kos nak tunaikan ibadah Haji semakin berkurang jika dinilai dalam bentuk emas.

Anda boleh mula menabung emas daripada sekarang serendah RM100 di Akaun Emas GAP. Bila nak menabung emas ini perlu disertakan sekali dengan matlamat yang jelas. Bila matlamat kita jelas, InsyaAllah mudah untuk dicapai nanti.

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *