Cara Jadi Dealer Public Gold

Selain sebagai syarikat jual beli emas yang terbesar di Malaysia, Public Gold juga membuka peluang kepada yang berminat dengan perniagaan untuk menjadi sebahagian daripada empunya bisnes Public Gold ini. Ia juga disebut PGBO (Public Gold Business Owner).

Jika tuan/puan ada bajet simpanan dan emas yang cukup, Public Gold mengalukan mereka yang berminat untuk menjadi dealer Public Gold. Syarikat Public Gold memberi peluang kepada kita untuk menjana keuntungan melalui insentif yang diiberikan oleh syarikat Public Gold kepada dealer yang membantu memperkenalkan emas Public Gold kepada lebih ramai orang lagi.

Syaratnya, anda perlu menjadi seorang dealer yang aktif dan memanfaatkan sebaik mungkin posisi sebagai dealer emas Public Gold (PG) untuk membina kesedaran ramai tentang kepentingan menyimpan emas dan bantu mereka memahami sistem pembelian dan simpanan emas melalui PG

Ini boleh dicapai melalui latihan dan bimbingan berterusan yang diberi oleh sama ada Public Gold sendiri dan juga jika anda bersama kami, anda akan mendapat bimbingan di bawah network dealer terbesar di Public Gold iaitu PG G100 Network yang dipimpin oleh mentor emas kami Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie.

Master Dealer Public Gold
Public Gold Dealer

Jadi Dealer Public Gold Datang Dengan Tanggung Jawab

Permulaan perjalanan saya sebagai dealer, saya tidak berminat untuk menjadi dealer PG yang aktif kerana saya fikir komisennya terlalu kecil (sekadar 1%, 1.5%, atau 2% saja). Apatah lagi pada masa tu, saya ada tanggungjawab lain yang perlu saya pikul.

Tapi bila saya lihat ramai kawan-kawan buat kesilapan yang merugikan kerana membuat simpanan jangka panjang dengan menyimpan wang tunai, sedangkan saya memiliki pengetahuan tentang keuntungan menyimpan emas serta plaform simpanan emas terbaik di Malaysia dengan kos pembelian mampu milik iaitu Public Gold, saya sedar saya bertanggungjawab untuk sebarkan kesedaran dan peluang ini kepada orang ramai.

Oleh itu, setiap dealer wajib hadir ke program PLT (PG Leadership Training) dan NDO (New Dealer Orientation) pada bulan berikutnya bagi mendapatkan pengetahuan asas dan advance sebagai seorang dealer aktif.

Syarat Untuk Menjadi Dealer Public Gold

Secara asasnya tiada yuran untuk menjadi dealer Public Gold. Anda hanya perlu buat pembelian mengikut syarat yang ditetapkan dan dengan pembelian yang memenuhi syarat tersebut anda boleh menjadi dealer. Pembelian tersebut adalah belian emas iaitu produk berharga yang akan menjadi milik anda sepenuhnya dan bukan produk yang merapu atau susut nilai dalam jangka panjang. Itulah keistimewaan pertama yang anda peroleh sebagai dealer Public Gold. 🙂

Kelebihan Dealer Public Gold

1) Rebate atas belian emas sendiri

Setelah status anda bergelar dealer Public Gold, setiap kali anda membeli emas untuk simpanan anda sendiri, anda akan terpaksa menerima rebate dari jumlah pembelian anda.

  • Normal Dealer – 1.0% dari jumlah pembelian.
  • Priority Dealer – 1.5% dari jumlah pembelian.
  • Master Dealer – 2.0% dari jumlah pembelian.

 

2) Rebate atas jualan balik emas anda kepada Public Gold. 

Katakan anda perlukan cash dan ingin menjual balik emas anda kepada Public Gold, anda akan menerima 0.3%  daripada total jualan balik emas anda tanpa mengira status dealership anda.

So beli emas dapat rebat, jual balik pun dapat rebate. Untung ke untung?

3) Royalti memperkenalkan pembeli emas Public Gold

Bagi menggalakkan Dealer Public Gold terus membina kesedaran awam dan membimbing orang lain cara membuat simpanan emas melalui Public Gold, Public Gold menawarkan royalti berbentuk insentif berdasarkan jumlah pembelian emas setiap kali penyimpan emas yang kita daftarkan sebagai ahli Public Gold membeli emas.

Insentif berkenaan adalah seperti berikut :

  • Normal Dealer – 1.0% dari jumlah pembelian.
  • Priority Dealer – 1.5% dari jumlah pembelian.
  • Master Dealer – 2.0% dari jumlah pembelian.

4)  Royalti membimbing dealer

Public Gold juga menawarkan royalti yang dinamakan ‘Overriding Incentive’ dan ‘Supervisory incentive’ bagi mendorong kita sebagai dealer untuk membimbing lebih banyak lagi dealer aktif untuk sama-sama memperkenalkan simpanan emas Public Gold.

5) Bisnes yang mobile dan tidak perlu pegang stok

Bisnes sebagai dealer Public Gold juga adalah satu bisnes yang mobile yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi kita mempunyai talian internet.

Disamping itu bisnes ini juga tidak memerlukan kita memgang stok kerana customer terus berurus niaga dengan Public Gold. Kita sebagai dealer hanya memperkenalkan customer dan terus membimbing customer untuk menjadi penyimpan emas yang independent.

6) Bisnes boleh diwarisi

Satu lagi keistimewaan bisnes dealership Public Gold ini ialah bisnes ini boleh diwarisi. Kita boleh wariskan bisnes kepada waris kita dan selagi ada royalti yang diterima melalui bisnes ini, waris akan terus dapat menerima royalti tersebut.

Potensi bebas kewangan bersama Public Gold

Bisnes dealership Public Gold ini boleh jugak dikatakan seperti pendapatan pasif kepada dealer. Selagi penyimpan emas yang kita perkenalkan membuat belian simpanan emas Public Gold, dealer akan berterusan menerima royaltinya.

Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving , passive income seorang Master Dealer (yang membimbing 1000 orang penyimpan emas aktif) adalah sekurang-kurangnya RM5,000 – RM10,000 setiap bulan!

 

 

pendapatan dealer public gold income dealer
Pendapatan 'part time' sebulan seorang doktor yang telah 3 tahun menjadi dealer PG dan membimbing lebih 1,000 orang penyimpan emas membuat simpanan di Public Gold!

Kelebihan jadi dealer Public Gold di bawah PG G100 Network

Ditubuhkan secara rasminya pada 24 September 2018, G100 adalah team dealer Public Gold (PG) yang terbesar, dan paling cepat berkembang di Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia.

Menggabungkan lebih 190 Master Dealer (MD), lebih 3478 dealer aktif, yang memberikan servis kepada lebih 400,000 penyimpan emas (setakat Julai 2023) Public Gold.

Diasaskan dan dipimpin oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie sejak 2016. Beliau adalah penulis dua buah buku bestseller di Malaysia, iaitu buku “Wang Emas” dan “Misi Bebas Hutang”. 

Beliau dinobatkan sebagai Champion of The Champion Dealer PG untuk beberapa tahun berturut-turut, dan sinonim dengan gelaran “the fastest growing Master Dealer” di atas pencapaian luar biasa beliau di dalam bisnes.

Melalui tools/resources dan sistem latihan yang sistematik yang disediakan oleh team G100 Network ini, adalah tidak mustahil untuk dealer mendapat pendapatan pasif 5 angka sebulan.

Antara kelebihan menjadi dealer bersama kami...

New Dealer Orientation (NDO)

G100 Netwrok menyediakan program NDO yang diadakan setiap bulan bagi membantu dealer memantapkan lagi pemahaman dan pengetahuan berkenaan produk, sistem dan platform Public Gold secara menyeluruh. Program diadakan secara atas talian sebulan sekali.

PG Leadeship Training (PLT)

Program PLT - Marketing Class melalui perkongsian dealer-dealer yang telah berjaya dengan berkongsi secara terus cara dan kaedah marketing mereka. Program atas talian ini juga diadakan sebulan sekali.

Weekly Business Meeting (WBM)

Program mingguan perkongsian dari master dealer yang berjaya dan juga update-update terbaru berkaitan Public Gold secara terus dari mentor G100

Koleksi bank posting

Team G100 Network juga mempunyai koleksi bank posting. Dengan cara ini dealer secara mudah boleh menggunakan bank posting yang disediakan untuk membuat promosi melalui konten-konten yang disediakan.

Gambar/Video/Poster

Bagi memudahkan dealer baru yang masih tidak banyak koleksi sendiri emas Public Gold, team juga menyediakan gambar-gambar dan video-video emas yang boleh digunakan untuk proses marketing dan promosi. Poster-poster yang menarik juga disediakan.

Tutorial/SOP ebook/video

Ebook dan video tutorial atau SOP juga disediakan bagi memudahkan dealer dan juga customer mereka memahami dalam urusan atau sistem berkaitan Public Gold.

Antara program/toolset yang di kendalikan/sediakan oleh G100 Network untuk dealer dan penyimpan emas.