1 Dinar berapa gram?

Sejarah Matawang Dinar dan Dirham

Dinar adalah salah satu unit matawang syiling yang ditempa oleh orang Islam dan digunakan sejak zaman permulaan Islam. Dinar berasal daripada denarius dalam bahasa Greek dan Latin, dan mungkin juga dalam bahasa Parsi, yang diambil daripada bahasa Aramaic. Dinar diperbuat daripada emas, dirham daripada perak dan fals daripada tembaga.

Sejarah penggunaan dinar bermula sebelum era pemerintahan Islam lagi, di mana ia digunakan oleh orang Greek dan Rom, kemudian diikuti oleh orang Islam. Pada awalnya pemerintahan Islam mengguna pakai dinar dan dirham daripada orang Greek dan Rom, namun pada zaman pemerintahan perkembangan pengeluaran mata wang Islami memberi penekanan pada perubahan-perubahan yang dibuat sehingga pengeluaran mata wang Islami dengan identiti tersendiri.

Paling ketara perkembangan penegluaran matawang Islami sendiri pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada akhir tahun 77H dimana pada kali ini segala bentuk gambar yang mewakili orang atau lambang bukan Islami dibuang sama sekali, diganti dengan tulisan Arab dalam huruf Kufi yang terdiri daripada kalimah syahadah dan beberapa ayat Al-Quran. Dengan tindakan Khalifah ‘Abd al-Malik ini, bermulalah apa yang dapat dinamakan sebagai mata wang Islami yang sebenamya dengan jati diri Islami yang jelas dan tidak diragui lagi. Semenjak itu, boleh dikatakan mata wang syiling yang ditempa di dunia Islam oleh pelbagai pemerintahan di pelbagai kawasan sehingga ke zaman moden pada keseluruhannya hanya mengandungi tulisan-tulisan dalam huruf Arab, sama ada berupa ayat-ayat al-Qur’an, ungkapan-ungkapan keagamaan dan gelar-gelar pemerintah.

 

1 Dinar= 4.25 gram emas

Perubahan atau pembaharuan terakhir yang dibuat oleh Khalifah ‘Abd al-Malik b. Marwan tidak terbatas pada penampilan luaran mata wang-mata
wang tersebut, tetapi juga pada piawaian berat syiling yang ditempa, terutama yang melibakan dinar dan dirham. Berat solidus Byzantium yang menjadi asas kepada dinar Islami pada umumnya bersamaan dengan 4.55g. Dinar yang ditempa sebelum perubahan yang dibuat oleh Khalifah ‘Abd al-Malik mempunyai berat yang tidak jauh bezanya daripada berat solidus Byzantium, iaitu di antara 4.50 g dan 4.35 g. Berat dinar baharu yang ditempa oleh Khalifah ‘Abd al-Malik ialah bersamaan dengan 4.25g.

Sebelum kedatangan bangsa Eropah di Tanah Melayu, masyarakat Melayu sudah mempunyai sistem matawang dan ukur nilai yang tersendiri. Menurut sejarah, terdapat banyak wang berbentuk koin yang diperbuat daripada logam seperti emas, perak dan timah yang telah dijumpai tertanam di dalam tanah, dasar sungai dan simpanan peribadi oleh orang tua terdahulu. Ada antara koin yang terawal ditemui ialah matawang Dinar Kelantan yang bertarikh seawal tahun 577 Hijrah iaitu bersamaan 1181 Tahun Masihi.

Matawang ini digunakan dalam aktiviti perdagangan dengan pedagang Arab yang datang untuk membeli jongkong emas di Kelantan2. Dahulunya, negeri Kelantan terkenal dengan perlombongan emas urai. Pada mulanya perdagangan menjual beli emas dibuat secara tukar barang melalui sistem barter tetapi kemudiannya dibayar menggunakan matawang dinar emas yang dibawa oleh pedagang Arab. Hal ini telah menarik perhatian raja negeri Kelantan untuk menempa matawang dinar emasnya sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *