10 Asas Ilmu Emas

1) Emas adalah duit

Dinar emas telah lama dijadikan sebagai matawang pada zaman Rasulullah saw. dahulu. Ada emas ada duit. Ada duit belum tentu ada emas.

2) Emas tiada dividen

Emas tiada dividen seperti simpanan wang kita di institusi perbankan dan sebagainya, Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya.

3) Emas ada 'spread value' (beza harga jual dan beli).

Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa peratus dari harga pembelian kita. Namun ‘spread value’ mungkin jadi seolah-olah ‘tiada’ jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.

4) Goldbar/dinar boleh dipajak/arRahnu.

Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak. Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri. Pos ArRahnu seluruh Malaysia menerima pajakan goldbar dan dinar PG.

5) Pastikan ada matlamat simpan emas.

Tetapkan matlamat kewangan yang berjangka panjang iaitu tempoh 3-5 tahun ke atas

6) Barang kemas tidak sesuai untuk simpanan

Ini kerana susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi kerana caj upahnya yang tinggi. Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.

7) Tidak perlu tukarkan semua duit kepada emas.

Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita.

8) Masa terbaik beli emas ialah SEKARANG.

Iaitu ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.

9) Masa terbaik jual emas ialah apabila perlukan duit.

Tidak kiralah ketika itu harga emas turun atau naik. Jika kita rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun ketika kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir adalah lebih rugi kita tidak menyimpan emas kerana belum tentu kita mampu menyimpan duit sebanyak mana kita menyimpan emas.

10) Jangan pajak emas di bank untuk elak CTOS dan CCRIS.

Ia akan menyukarkan kira untuk membuat apa² pinjaman bank pada masa akan datang jika sudah ada rekod nama kita dalam CTOS dan CCRIS.
Mudah-mudahan kita semua faham asas ini dengan jelas. Beli emas mesti dapat emas, bukan kertas. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *