Penyimpan Emas Tak Akan Rugi?

Betul ke penyimpan emas tak akan rugi?

PENYIMPAN EMAS TAK AKAN RUGI
 
Sejak belajar dan ambil tahu ilmu emas ni, saya lebih ‘cool’ dalam menabung emas. Kata mentor, “Mereka yang simpan emas tak akan rugi.” Tapi mesti simpan dengan ilmu yang betul. 💪
 
Menurut mentor saya Tn Mohd Zulkifli Shafie yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak 13 tahun lalu dan membimbing penyimpan emas (sudah lebih 400,000 penyimpan emas bawah team G100 Nekwork), ini pemerhatian beliau kenapa beliau mengatakan demikian;
 
✅ Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.
Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa.
Penyimpan emas berilmu, dia akan beli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 tahun ke atas.
Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata 10% setahun.
 
✅ Emas adalah duit tunai juga
Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau pajak sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot!
Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit! Tak perlu bimbang pasal duit bila ada emas di tangan.
 
✅ Harga barang naik, harga emas turut sama naik.
 
Harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama.
Siapa simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi atau risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.
 
✅ Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.
Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap atau kekayaan dia dibekukan sebab simpan duit kertas atau aset-aset lain. Selagi emas ada di tangan, kekayaan kita selamat. InsyaaAllah.
 
Namun beliau menegaskan bahawa pokok pangkalnya, kena ada ilmu. Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu.
 
Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! InsyaaAllah.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *