Bila duit kertas RM100 dipotong menjadi dua, nilai setiap keping itu takkan menjadi RM50. Sebaliknya, nilainya menjadi KOSONG.
Berbeza dengan emas 10gram. Bila ia dipotong dua, nilainya menjadi 5gram + 5gram.
Ini buktinya nilai duit kertas bukanlah terletak pada kertas. Dan duit itu sendiri tak ada nilai yang melekat (intrinsik) pada kertas itu sendiri. Sebaliknya, nilai duit kertas itu terletak pada jaminan kerajaan yang dipaksa ke atasnya, bukan sebab nilai pada kertas itu sendiri.
Ini berbeza dengan emas.
Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri.
Maka nilainya boleh dibahagi-bahagikan menjadi seberapa kecil yang kita mahu. Sekecil manapun saiz dan berat emas tersebut, ia tetap bernilai. Emas dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa.
Jom kumpul 10gram ni hingga capai matlamat kewangan yang diidamkan. 