Kenapa Emas Public Gold Menjadi Pilihan

Kenapa Emas Public gold

1) Syarikat Emas Terkemuka di Malaysia

Sebut sahaja nama Public Gold, sudah ramai yang mengetahui kewujudan syarikat ini.. manakan tidaknya, sudah hampir 15 tahun ia beroperasi sebagai syarikat jual beli emas dan perak di Malaysia dan semakin kukuh syarikat ini sebagai peneraju industri emas di Malaysia.
Kami sendiri telah menjadi customer Public Gold sebagai pembeli emasnya sejak 2014 dan sehingga sekarang syarikat ini masih valid lagi sebagai syarikat jual beli emas di Malaysia. Kalau lihat syarikat-syarikat lain yang ada pada waktu tersebut, boleh dikata semua sudah gulung tikar dan tak wujud lagi websitenya.
Tidak keterlaluan jika kita katakan, hari ini, tidak ada pesaing yang mampu menandingi Public Gold dalam industri emas Malaysia.

2) Spread Emas yang Kompetitif

Public Gold menawarkan spread emas yang sangat kompetitif, hanya sekitar 6% hingga 9%. Ia penting untuk diingat bahawa kebanyakan kedai emas konvensional menawarkan spread yang lebih tinggi, iaitu sekitar 25% hingga 35%.
Adalah penting untuk tidak mengabaikan spread emas ini. Jika anda hanya membeli emas untuk tujuan pelaburan dan penyimpanan, anda akan mengalami kerugian besar atau jika ada keuntungan pun terlalu kecil jika membelinya daripada kedai emas konvensional.

3) Cawangan di Seluruh Malaysia

Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, dan bahkan ada cawangan di Indonesia sekarang. Ini bermakna anda boleh pergi ke mana-mana cawangan berdekatan untuk urusan pengambilan emas yang melebihi berat 21.25 gram.
Ini kerana jika pembelian berat emas lebih rendah dari tersebut, pihak Public Gold akan poskan secara pos berinsurans.

Anda hanya perlu mendapatkan nasihat daripada Introducer anda untuk mengetahui cara yang paling mudah dan berpatutan dengan bajet anda untuk membeli emas.

Untuk mencari lokasi cawangan Public Gold, anda boleh melawat laman web mereka atau rujuk page ini (cawangan Public Gold). Jika diminta, anda boleh memberikan PG Code kami, iaitu PG00087894, kepada staf tersebut.
Masalah biasa yang dihadapi oleh pembeli emas adalah apabila bergantung kepada dealer yang mungkin tidak lagi aktif. Ini bukanlah masalah dengan Public Gold, kerana anda boleh berurusan di mana-mana daripada 18 cawangan Public Gold yang terdapat di seluruh Malaysia.

4) Pesanan Emas 24 Jam

Ketika saya menulis artikel ini, tiada syarikat emas atau bank lain di Malaysia yang membenarkan anda memesan emas 24 jam sehari. Ini bermaksud, jika harga emas dunia jatuh pada pukul 2 pagi, anda masih boleh membelinya pada harga rendah tersebut.
Walaupun pejabat-pejabat lain mungkin hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, harga emas mungkin sudah berubah semula pada waktu itu. Dengan Public Gold, anda boleh mengunci harga emas pada bila-bila masa yang sesuai untuk anda, dan anda boleh membayarnya pada waktu pejabat beroperasi tanpa masalah.
Kebanyakan syarikat emas di Malaysia tidak membenarkan pesanan emas dilakukan secara dalam talian atau pada bila-bila masa. Anda mungkin perlu menunggu hingga mereka membuka pejabat dan mempunyai stok emas yang anda perlukan.
Public Gold membolehkan anda membuat pesanan emas dalam talian pada bila-bila masa yang sesuai untuk anda.

5) Sistem Jual Beli yang Telus dan Patuh Syariah

Public Gold mengambil berat tentang aspek syariah dalam jual-beli emas mereka. Mereka mempunyai penasihat syariah yang diketuai oleh Tan Seri Dr. Mohd Daud Bakar, yang juga adalah bekas penasihat syariah Bank Negara Malaysia.
Apabila anda melayari laman web Public Gold, anda akan dapat melihat harga emas jongkong dan dinar Public Gold serta jumlah yang perlu anda bayar, termasuk premiumnya sebelum anda membuat pesanan. Ini memastikan bahawa anda memahami sepenuhnya kos transaksi anda sebelum mengesahkannya.

6) Memulakan Pelaburan dengan Modal Minimum RM100

Salah satu kebaikan yang besar dengan Public Gold ialah anda boleh memulakan pelaburan emas dengan modal serendah RM100. Anda boleh membuka akaun emas fizikal GAP yang membolehkan anda memiliki emas dengan mudah.
Selain daripada GAP, anda juga boleh membeli emas dengan cara ansuran patuh syariah yang dikenali sebagai Easy Payment Purchase (EPP).

7) Pelbagai Reka Bentuk Yang Menarik

Public Gold menawarkan pelbagai reka bentuk yang cantik untuk emas 1 gram mereka yang sesuai sebagai koleksi. Sejak tahun 2014, saya telah menyimpan berbagai jenis reka bentuk emas mereka.
Satu perkara yang menarik adalah anda boleh membeli semua reka bentuk ini dengan cara yang telus, mudah, dan patuh syariah melalui akaun GAP mereka.
Untuk melihat lebih banyak reka bentuk yang menarik, anda boleh melawat laman web www.publicgold.com.my dan meneroka pelbagai pilihan produk yang mereka tawarkan.

Jadi, apabila anda memilih untuk menjadi penyimpan emas, pastikan anda membuat pilihan yang bijak. Dengan Public Gold, anda mendapat banyak kebaikan termasuk kelancaran dalam proses jual-beli dan pelbagai pilihan untuk memulakan pelaburan emas anda.

Akhir kata, saya mengingatkan sekali lagi untuk berhati-hati apabila membeli emas, dan jangan terjebak dengan kadar harga yang tinggi di kedai-kedai emas konvensional. Public Gold adalah pilihan yang bijak untuk pelaburan emas anda. Semoga artikel ini memberi manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *