Harga emas murah! Masa untuk memborong emas.

emalam harga emas jatuh banyak iaitu USD83.14 /Oz lebih kurang 3.45%.

Ini adalah kejatuhan yang luar biasa besar.

Apa sebabnya?

Jawapan: Semalam telah keluar 2 berita besar yang menggerakkan harga emas ke bawah.

Faktor pertama:

Dalam jam 4 pagi waktu New York, Bank Rakyat China telah mengeluarkan laporan satu laporan yang mengejutkan.

Laporan ini menyatakan bahawa mereka tidak membeli emas sebagai rizab negara China sepanjang bulan Mei 2024 (bulan lepas)

Ini adalah berita yang mengejutkan dan negatif kepada emas. Mengapa?

Salah satu sebab kenaikan harga emas adalah pembelian daripada bank-bank pusat di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Bank Rakyat China membeli emas selama 18 bulan berturut-turut.

China juga menjual hutang US dengan kadar yang besar. Kedua faktor ini menyumbang kepada kenaikan harga emas.

Namun apabila Bank Rakyat China mengeluarkan laporan mereka tidak membeli emas sepanjang bulan lepas, ia dilihat sebagai berita negatif kepada pasaran emas.

Sebab itu harga emas start menurun mulai jam 4 pagi waktu New York.

Faktor kedua:

Jam 8.30 pagi waktu New York, keluar pula laporan ekonomi iaitu US Non Farm Payroll (NFP)

Laporan NFP menunjukkan data yang sangat positif terhadap pasaran kerja US.

Pakar ekonomi menjangkakan 182 ribu peluang pekerjaan akan dicipta bulan lepas. Namun data sebenar menunjukkan 272 ribu pekerjaan dicipta !

Terdapat perbezaan 90 ribu pekerjaan (actual vs estimated). Jadi ekonomi US kuat!

Laporan positif NFP ini memberikan kesan negatif terhadap emas.

Jadi emas terus sambung menjunam dari jam 8.30 malam waktu Malaysia sehinggalah pasaran emas ditutup pagi Sabtu ini.

Kesimpulan: 2 berita negatif semalam memberikan kesan buruk kepada harga emas.

Sebab itu gold jatuh sangat teruk semalam.

Jika anda pembeli emas fizikal maka ambil peluang ini untuk tambah stok emas fizikal.

Harga cantik. Harga ini akan kekal sehingga hari Isnin

Bukan selalu nak jumpa situasi macam ini (double bad news ๐Ÿคญ).

Nak beli emas?

Silakan beli dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ

Kredit: Tuan Syukor Hashim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *