Cara Memulakan Simpanan Emas Public Gold

Secara ringkasnya terdapat 3 langkah mudah untuk memulakan simpanan emas Public Gold:

  1. Pendaftaran akaun Public Gold (Percuma sahaja)
  2. Sahkan akaun Public Gold anda.
  3. Buat pembelian pertama.

Selesai.

Okay. Sekarang kita lihat details setiap langkah di bawah.

1) Pendaftaran akaun Public Gold (Percuma sahaja)

Beberapa perkara penting yang perlu anda ambil perhatian adalah :

  • Isikan nama penuh seperti dalam kad pengenalan (MYKAD/MYKID). 
  • Jika daftarkan akaun untuk diri sendiri dan anak-anak, gunakan email berbeza (buat email baru jika anak tiada email).

Untuk pendaftaran, sila klik butang “Daftar Akaun Public Gold”. Pilih butang sama ada ingin mendaftar akaun yang berumur 18 tahun dan ke atas atau akaun yang berumur 18 tahun kebawah (junior akaun).

Kemudian, isi borang yang disediakan dengan lengkap dan klik butang “SUBMIT” Selepas selesai pendaftaran, anda akan menerima ‘akaun sementara’ yang belum diaktifkan.

2) Sahkan Akaun Public Gold Anda

Selepas selesai pendaftaran, klik butang “Proceed to Login Page” atau klik di link dibawah.

Login di sini

Masukkan nombor IC 12 digit tanpa dash sebagai Username dan juga Password. Kemudian klik Login.

Semak TAC number di SMS/Email. Masukkan TAC dan klik Login sekali lagi.

Username ini hanyalah sementara dan anda akan dapat PG Code (username rasmi customer) selepas berjaya buat pembelian emas pertama.

 

 

Sahkan akaun Public Gold

3) Buat Pembelian Pertama

Setelah selesai mengesahkan akaun, bolehlah buat pembelian pertama. Ada 3 kaedah pembelian iaitu:

  1. Pembelian melalui akaun GAP
  2. Pembelian secara terus (outright purchase)
  3. Pembelian melalui syariah EPP (Easy payment purchase)

 

Applikasi Mobile Public Gold

Public Gold juga mempuyai apps mobile nya sendiri. Customer boleh download applikasi mobile tersebut samaada di Google Play Store atau Apple Apps Store.

Applikasi mobile ini amat memudahkan customer jika hendak menyemak harga emas semasa dan juga untuk melakukan pembelian emas Public Gold di mana sahaja berada dan bila-bila masa 24×7 selagi mempunyai capaian internet.

Penting!

Anda dinasihatkan untuk segera kemaskini butiran akaun anda supaya proses, belian, pengeposan, tuntutan, jualan atau pajakan emas selepas ni lebih mudah. Anda boleh hubungi kami untuk kami bimbing cara untuk update profile jika ada sebarang kemuskilan

Bimbingan Berterusan

Jika anda mendaftar menjadi customer Public Gold melalui kami, sebagai introducer anda di Public Gold, kami akan membantu anda jika terdapat sebarang masalah berkaitan urusan jual beli emas anda di Public Gold. Whatsapp kami melalui button whatsapp di web ini, kenalkan diri dan kami akan memberikan ebook berkaitan SOP di Public Gold (Customer Handbook).

Bimbingan berterusan akan diberikan oleh kami, seperti jemputan ke group whatsapp penyimpan emas kami di mana kami akan update berkaitan info dan produk-produk terbaru dan promosi Public Gold, webinar dan perkongsian ilmu emas dan kewangan dan sebagainya.

Matlamat kami untuk melahirkan lebih ramai penyimpan emas yang independant (independant gold saver) yang mempunyai target 1kg emas setiap isi rumah.