Tutorial Cara Pembelian Emas Public Gold

Secara asasnya terdapat 4 kaedah atau cara pembelian emas Public Gold.

  1. Pembelian melalui akaun emas GAP
  2. Pembelian bayaran penuh
  3. Pembelian Easy Payment Purchase (EPP)
  4. Pembelian emas GAP auto debit (terbaharu!)

Rujuk details di bawah untuk tutorial dan SOP kaedah pembelian emas Public Gold yang terkini.

 

cara pembelian emas public gold

Kaedah Pembelian Melalui Akaun Emas GAP Public Gold

Apa itu akaun GAP Public Gold?

GAP (Gold Accumulation Program) ialah salah satu kaedah pembelian emas Public Gold secara sedikit-sedikit melalui pembelian secara atas talian serendah RM100.

Nilai ringgit yang dibelanjakan untuk membeli emas ini akan ditukar ke bentuk gram emas mengikut harga semasa. Contoh pada harini harga emas GAP ialah RM313/gram. Maka jika customer buat belian bernilai RM100, beliau akan dapat 0.3195 gram emas dalam akaun GAP nya.

Customer boleh kumpul sehingga cukup nilai fizikal emas yang boleh dikeluarkan (serendah 1 gram), dan keluarkan bila-bila masa sahaja.

Tiada komitmen bulanan, hanya buat belian (tambah gram emas) bila-bila masa sahaja. Emas yang disimpan di dalam akaun GAP juga tidak dikenakan upah simpan.

Walaubagaimanapun, emas yang terbaik adalah emas di tangan. Oleh itu apabila dah capai target emas fizikal sebaiknya keluarkan dan simpan sendiri.

Kaedah pembelian ini untuk memudahkan mereka yang tiada modal besar untuk buat simpanan emas. Kaedah ini juga adalah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd.

Kaedah pembelian emas melalui akaun GAP (pembayaran fpx)

Kaedah Pembelian Melalui Belian Terus (outright purchase)

Cara pembelian terus (outright purchase) emas Public Gold adalah seperti kita shopping di laman beli belah. Secara asasnya, anda pilih emas yang dikehendaki, masukkan ke dalam chart dan bayar terus secara fpx (perbankan online). Jika berat emas bawah 21.25gram, emas tersebut akan diposkan secara berinsurans. Jika emas hilang semasa dalam proses pengeposan, pihak Public Gold akan ganti semula emas tersebut.

Untuk berat emas melebihi 21.25gram, anda boleh mengambil emas tersebut di branch yang berdekatan tempat tinggal anda.

Kaedah Pembelian Secara Syariah EPP (Easy Payment Purchase)

EPP adalah salah satu kaedah membeli dan memiliki emas fizikal secara bayaran bulanan yang dipanggil deposit sekuriti samada 6 bulan atau 10 bulan (jika ada promosi). Kaedah ini amat sesuai bagi anda yang mempunyai pendapatan bulanan. Ini juga terbaik untuk mereka yang inginkan membuat simpanan secara “paksaan”. Sama seperti jika kita buat pinjaman ASB dan sebagainya yang akan ada komitmen bulanan.

Konsep EPP adalah seperti anda beli emas pada masa hadapan dengan harga hari ini. Dengan kata lain, anda bayar dengan harga yang sama setiap bulan sebagaimana harga yang anda beli pada hari tersebut.

EPP disahkan patuh syariah. Apabila anda selesai pembayaran EPP setiap bulan, emas akan dipos secara berinsuran kepada anda untuk berat emas bawah 21.25 gram atau ambil di branch jika melebihi berat tersebut.

Pembelian emas secara ansuran hukumya haram, tetapi jangan risau kerana EPP Public Gold menggunakan kaedah yang patuh syariah dan ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Amanie Advisors Sdn Bhd pada Disember 2016.

Untuk lebih memahami secara asasnya bagaimana kaedah Syariah EPP Public Gold boleh rujuk video berikut.

Kaedah pembelian emas GAP Auto debit

Pembelian emas GAP auto debit secara asasnya sama dengan kaedah GAP. Kaedah pembelian ini diperkenalkan untuk mereka yang ingin mendisiplinkan diri membuat simpanan emas setiap bulan. Jika anda ingin tambah gram emas anda setiap bulan dengan berdisiplin tanpa risau harga emas naik atau turun, GAP auto debit amat sesuai untuk anda.