Emas Melindungi Kekayaan

public gold

Inilah gambaran sekeping emas Kim Thanh berat 15g yang dibawa oleh pelarian Vietnam semasa perang pada tahun 1970-an. Ketika zaman perang Vietnam, harta berharga yang mampu dibawa oleh rakyat Vietnam hanyalah kepingan emas nipis ini. Kelebihan nipisnya membolehkan mereka menyembunyikan emas di dalam kasut dan jahitan baju.

Harta lainnya? Terpaksa dijual atau ditinggalkan! Itulah satu-satunya pilihan yang ada pada masa itu. Semua harta, termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakan harus dijual. Emas inilah yang menjadi penolong bagi mereka untuk memulakan hidup baru di negara lain.

Pada waktu itu, membawa duit kertas Vietnam bernilai jutaan tidak ada gunanya di negara lain. Nilai duit tidak terletak pada kertasnya, melainkan pada jaminan pemerintah. Tetapi, jaminan pemerintah itu sendiri bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik. Jika pemerintahan dalam keadaan kacau, maka nilai duit itu kembali kepada nilai asalnya, iaitu hanya sekeping kertas yang kosong.

Berbeza dengan emas. Nilainya terletak pada keasliannya dan berat yang sebenarnya, bukan pada jaminan kerajaan. Emas memiliki nilai yang teguh, berdiri sendiri tanpa perlu bergantung pada jaminan sesiapa.

Kekuatan inilah yang mendorong pakar kewangan untuk menggalakkan setiap individu menyimpan emas, sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan sebenar mereka.

#BukuWangEmas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *