Tujuan menyimpan duit gaji/pendapatan

Tujuan simpan duit gaji

TUJUAN SIMPAN DUIT GAJI
Duit yang kita ada hari ni bukan hanya untuk hidup hari ni, tapi untuk masa depan yang belum tentu untung nasib kita.
Kata guru kewangan saya, sebahagian duit gaji yang kita terima setiap bulan kena simpan untuk 3 tujuan asas, iaitu kecemasan, perbelanjaan masa depan, dan pelaburan.👇👇👇
 
(1) KECEMASAN
Kalau ada kecemasan, tak perlu buat pinjaman. Guna je Dana Kecemasan tu. Guru-guru kewangan cadangkan setiap kita mesti simpan Dana Kecemasan paling minimum berjumlah 3 bulan gaji. Kalau hilang pekerjaan atau hilang upaya untuk bekerja, at least kita masih ada tempoh 3 bulan untuk survive sebelum dapat kerja baru.
 
(2) PERBELANJAAN MASA DEPAN
Simpan untuk perbelanjaan masa depan termasuk deposit beli rumah, nak pergi haji, pendidikan anak-anak dan yang paling penting ialah dana persaraan.
 
(3) PELABURAN
Bila dah cukup simpanan minimum 6 bulan gaji, masa tu fokus kembangkan dana tu samada melalui bisnes atau pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya. Tak perlu buat pinjaman untuk mulakan bisnes. Dan tak perlu meminjam untuk melabur (melainkan bagi yang benar2 faham cara gandakan kekayaan dengan hutang positif).
Tak kisah berapa besar pun gaji yang diterima setiap bulan, selagi tak menyimpan dan tak mampu disiplinkan diri menyimpan setiap bulan, selagi itulah tak akan kaya, hanya berlari di tempat yang sama.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *