Tips / Cara untuk untung dengan emas

TIPS UNTUNG DENGAN EMAS

Apa item paling kecil yang terbaik patut kita keluarkan dari #AkaunEmasGAP?

Saya suggest gold bar 5 gram ni (atau item 1 dinar). Walaupun dah boleh keluar sekeping item 1 gram bila cukup 2 gram dalam akaun, saya nasihatkan sabar dulu.

Bagi yang baru menabung emas dan nak kumpul lebih banyak gram emas, saya tak sarankan keluarkan item 1 gram ataupun 1/4 dinar dulu. Itu #emaskoleksi untuk golongan gold collector. Game mereka berbeza…

Item paling kecil yang terbaik untuk maksimumkan nilai pelaburan, keluarkan item 5 gram ni (atau 1 dinar).

✅ Caj premium cuma RM10. Jimat RM55 berbanding keluarkan gold bar 1 gram x 5 keping = RM75 (RM15 x 5 keping).

✅ Mudah untuk tujuan pajakan bila nak pakai duit. Sesetengah ar-rahnu tak terima design yang ada ciri-ciri agama, bahkan ada yang tak terima item lebih kecil dari 1 dinar (4.25 gram).

✅ Lebih peace of mind sebab tak perlu kopek emas tu keluar dari sarung plastik bila nak pajak. Sesetengah ar-rahnu akan kopek sarung plastik tu untuk test ketulenan kalau nak pajak.

✅ Nilainya munasabah untuk pajakan. Kalau pajak sekeping gold bar 5 gram, boleh dapat pinjaman RM1,000 lebih sekarang (nilai emas RM1,600 lebih).

Yang belum bermula, mulakan dulu tabungan emas dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP.

Kemudian dapatkan ilmu dan sabar menabung sampai cukup #1kilogram1keluarga sebagai ‘bot penyelamat’ kewangan kita sekeluarga. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *