Public Gold membeli kembali emas pada harga pasaran

Saya baru menerima pertanyaan dari seorang klien. Dia ingin menjual dinar kembali kepada Public Gold. Dia telah mengeluarkan dinar itu dari kadnya, dan kad tersebut telah hilang. Jadi, adakah Public Gold akan membeli dinar tersebut?

Jawapannya adalah ya, Public Gold akan membeli dinar tersebut dengan harga yang tertera di laman web mereka – contohnya: RM1,478 pada 1 Julai. Jadi, walaupun dinar itu telah dikeluarkan dari kadnya dan kad tersebut hilang, Public Gold tetap akan membelinya dengan harga pasaran.

Tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah satu kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat Public Gold. Public Gold bukan sahaja menjual emas dan perak, tetapi juga membeli balik emas dan perak dengan harga pasaran.

Mungkin ada yang tidak tahu, kebanyakan penjual emas lain, termasuk bank, sama ada hanya menjual emas dan perak tetapi tidak membelinya kembali, atau jika mereka membeli balik, prosesnya sangat rumit. Sebagai contoh, jika anda mengeluarkan emas dari kad atau casingnya, mereka tidak akan membelinya semula. Dan sudah tentu, jika anda kehilangan resitnya, mereka juga tidak akan membelinya. Jika mereka bersetuju untuk membeli sekalipun, mereka akan memotong harga dengan banyak – mungkin 30% atau 40% daripada harga pasaran, yang bermakna besar kemungkinan anda akan menanggung kerugian.

Jadi, jika anda mempunyai emas yang tidak digunakan lagi, emas lama, emas yang anda tidak suka atau tidak minat, atau anda memerlukan wang segera, bawa sahaja emas itu ke cawangan Public Gold yang berdekatan – terdapat 19 cawangan di seluruh Malaysia – dan jual emas tersebut kepada Public Gold.

Semua pihak mendapat manfaat – Public Gold mendapat emas, anda mendapat wang tunai, emas tersebut akan dikitar semula dan akan kembali berguna untuk semua.

Inilah lagi satu sebab mengapa anda patut memilih Public Gold sebagai penjual emas anda – urusan jual beli yang mudah dan tanpa banyak kerenah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *