Kenapa anak muda perlu simpan emas?

Anak muda bebas hutang

Kenapa masih ramai dalam kalangan kita tidak berjaya bebas hutang sepenuhnya?
 
Malahan menurut kajian, ramai dalam kalangan anak muda telah didapati *bangkrap akibat tidak mahir asas kewangan*.
Lebih parah lagi, bukan anak muda sahaja, malahan segelintir golongan tua (yang telah bekerja berpuluh tahun) pun turut *mengalami masalah hutang hingga ke penghujung usia*.
Perkara berikut mungkin boleh kita teliti bersama-sama ;
 
🪀Terlalu banyak membuat hutang jahat, beli HP dan perabot yang mahal secara ansuran, kereta ikut kemampuan dan luar kemampuan dan kos perkahwinan mewah.
🪀 Terperangkap dengan GAYA HIDUP mewah seperti kerap makan di luar dan tidak berjimat.
🪀Merokok.
🪀Tiada usaha menggandakan duit melalui pelaburan yang betul.
🪀Tidak membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan seperti gaji atau untung bisnes.
🪀Tiada sumber pendapatan kedua seperti membuat jualan dalam talian.
🪀Suka berfoya-foya.
🪀Kurang membaca buku ilmiah dan kewangan.
🪀Terperangkap dengan hutang kad kredit.
🪀Tertipu dengan scammers.
🪀Malas bersedekah.
 
Maka, ilmu kewangan seperti mengurus duit perlu diterapkan kepada anak-anak di awal usia mereka kerana seseorang yang mempunyai gaji yang besar bukan jaminan dia akan bebas hutang.
 
Tabiat menyimpan mesti dipupuk sejak bergaji kecil. Khuatir gaji yang makin besar adalah suatu perangkap seseorang berasa selesa untuk membuat lebih banyak hutang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *