Kelebihan Simpanan Emas

Selain dari menyimpan duit tunai, sekarang elok juga untuk tambah satu lagi simpanan dalam bentuk logam mulia, emas. Sebab untuk jangka masa panjang, harga emas insyaAllah akan meningkat naik.

Sekarang ramai yang nampak dan faham π’Œπ’†π’π’‚π’Šπ’Œπ’‚π’ π’‰π’‚π’“π’ˆπ’‚ ni yang lead ramai dari kita untuk mula menyimpan emas juga.

Tapi selain dari faktor harga, ada lagi ke π’‡π’‚π’Œπ’•π’π’“ π’π’‚π’Šπ’ yang kenapa emas ni sesuai jadi simpanan?

Jawapannya haruslah ada kan?

π‘·π’†π’π’Šπ’π’…π’–π’π’ˆ π‘΅π’Šπ’π’‚π’Š

Untuk jangka masa panjang, simpanan emas adalah satu cara simpanan yang kalis inflasi iaitu ia mempunyai nilai yang stabil dan dia mampu mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa panjang.

Tapi apa tu inflasi? Selama ni yang kita asyik bandingkan kuih karipap dulu 10 sen dan sekarang dah naik jadi 50 sen, peningkatan harga barang dan perkhidmatan ni la kita panggil inflasi.

Kita nampak yang purchase power kita makin menurun, jadi satu langkah nak kekalkan nilai duit yang kita ada, haruslah kita backup simpanan kita dengan sesuatu yang kalis inflasi.

𝑴𝒖𝒅𝒂𝒉 π‘Όπ’π’•π’–π’Œ π‘«π’Šπ’„π’‚π’Šπ’“π’Œπ’‚π’

Bila kita simpan emas ni, kita kena faham dan tahu apa matlamat kita menyimpan emas ni. Dan bila dah sampai matlamat menyimpan, emas di tangan tu senang dicairkan untuk terus dapatkan tunai.

Jual sahaja emas tu kepada peminat emas yang lain, kedai emas atau mungkin juga Ar-Rahnu. Terus dapat cash untuk guna bagi capai matlamat.

𝑨𝒔𝒆𝒕 π‘΄π’‚π’Žπ’‘π’– π‘΄π’Šπ’π’Šπ’Œ

Satu mudah dan lebihnya emas ni, dia satu aset yang mampu milik. Kita boleh nak miliki emas dengan berat minima 1g atau kumpul juga gram sedikit demi sedikit dengan serendah RM100. Mudah.

𝑨𝒔𝒆𝒕 𝑴𝒖𝒅𝒂𝒉 π‘¨π’π’Šπ’‰

Satu dari lagi sebab kenapa emas ni sesuai dijadikan sebagai simpanan sebab sifat emas ni sebagai satu aset yang mudah alih berbanding aset lain. Bandingkan dengan aset lain seperti hartanah, emas ni kita boleh bawak kemana sahaja yang kita rasa perlu.

Lihat pelarian Vietnam dahulu, melarikan diri dari Vietnam berbekalkan emas sahaja. Tinggalkan, rumah, tanah dan ternakan di Vietnam.

π‘¬π’Žπ’‚π’” π‘Ίπ’†π’ƒπ’‚π’ˆπ’‚π’Š π‘·π’†π’Žπ’–π’”π’Šπ’π’ˆ 𝑴𝒐𝒅𝒂𝒍

Untuk yang meniaga, ada simpanan emas sangat membantu sebenarnya. Bayangkan jika perlukan modal tunai di tangan on the spot, mudah je.

Bawak simpanan emas ke Ar-Rahnu dan letakkan sebagai cagaran untuk dapatkan pinjaman tunai dan selesai sahaja urusan perniagaan, untung perniagaan tu guna untuk tebus balik emas di Ar-Rahnu.

Business pun tak terkacau, emas pun still ada dengan kita.

π‘¬π’π’‚π’Œ 𝑲𝒆𝒃𝒐𝒄𝒐𝒓𝒂𝒏 π‘Ύπ’‚π’π’ˆ

Apa perbezaan yang nyata bila simpan emas dan duit secara psikologi? Simpan emas ni dia akan dorong kita untuk simpan lagi banyak emas. Tapi lain pula dengan duit, ada duit di tangan kita lagi semangat nak berbelanja.

Sebab tu simpanan emas mampu bertahan lebih lama dari simpan duit di tangan. Tak terasa sangat untuk berbelanja pada sesuatu yang tak perlu.

Cuba lah simpan emas kalau nak rasa.

Ini la enam faktor dari banyak lagi kenapa sekarang ramai yang mula menyimpan emas fizikal sebagai alternatif simpanan tunai.

Dan bila menyimpan emas, kita bukan membeli emas, tapi kita tukarkan duit di tangan kepada emas. InsyaAllah tak terasa terbeban.

π‘΅π’‚π’Œ π’ƒπ’†π’“π’•π’Šπ’π’…π’‚π’Œ π’…π’‚π’π’‚π’Ž π’Žπ’†π’π’šπ’Šπ’Žπ’‘π’‚π’ π’†π’Žπ’‚π’” π’”π’†π’Œπ’‚π’“π’‚π’π’ˆ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *