Cara nak untung dengan emas?

Cara nak untung dengan emas?

Jawapan saya mudah,
“Konsisten beli dan menabung, pandai simpan dan ada matlamat”

Kenapa perlu konsisten beli/menabung? Sebab kalau dalam simpanan kita cuma ada 1 gram, memang tak untung.

Waktu beli RM200, waktu jual RM350. Ada la keuntungan RM150.

Tapi kalau kita ada 10 gram, untung tadi tu jadi RM1,500.

Kalau ada 1,000 gram, untung tu jadi RM150,000.

Sebab tu penting kena ada matlamat dan setiap orang matlamatnya tak sama.

Ada yang beli dan simpan emas sebab nak menunaikan haji. Cukup matlamat, dia jual dan pergi haji.
Maka selesailah.

Ada yang nak simpan emas sebab nak siapkan dana pendidikan anak-anak. Anak masuk universiti, dia jual supaya anak dia tak perlu ambil pinjaman pendidikan.

Jadi, itulah keuntungan mereka sebab dah berjaya capai matlamat.

Siapa yang KONSISTEN menabung dia akan MENANG 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *