Untung rakan-rakan wanita dapat simpan emas walaupun dalam jumlah yang kecil.  kalau nak pakai duit waktu-waktu kecemasan emas adalah harta yang paling mudah dicairkan untuk dapatkan tunai segera, cara nak dapat tunai segera dengan emas fizikal ialah :

1.     Jual semula di kedai emas atau pun kepada syarikat pengeluar

2.     Membuat gadaian di pajak gadai islam jika perlukan tunai

gambar 7

Cikjun di Feminin TV1 berkongsi tips kenapa wanita perlu simpan emas

 

1. Jual semula di kedai emas atau pun kepada syarikat pengeluar

Untuk pengetahuan rakan-rakan cikjun, kita boleh jual emas yang kita miliki dekat mana-mana kedai emas untuk dapat wang tunai, sebab itu yang dikatakan mudah dicairkan. Emas adalah satu logam yang sangat universal diterima oleh seluruh dunia. Kalau rakan-rakan ada kecemasan di luar negara memang takde masalah jika emas fizikal ada ditangan. Walaupun kita boleh jual dekat mana-mana saja kedai emas ada beberapa perkara kena ambik kira  seperti

  •  berapa harga belian semula oleh kedai atau syarikat pengeluar emas tersebut.
  • Jika emas atau barang kemas tersebut kemik, calar, bengkok dikira macam mana?

Jika kita ada barang kemas yang nak dijual atau trade in kena cek di beberapa buah kedai, sebab harga belian semula setiap kedai berbeza. Ikut tokeh emas berapa dia nak letak, jadi kena pandai tawar menawar sikit supaya dapat jual balik dengan harga tinggi. Untuk emas Public Gold, boleh cek terus harga belian semua iaitu “PG Buy” di website www.publicgold.com.my

PG buy

Harga belian semula produk Public Gold

d series

Harga belian semula produk barang kemas Public Gold, Public Jewellery

Ada ketikanya jika emas yang kita nak jual ni calar, kemik atau bengkok maka tokeh kedai akan tolak lagi sebab dikira sebagai emas rosak ataupun terpakai. Jadi kita tak dapat banyak tunai bila jual semula. Contohnya , jika kita buat belian emas di bank, emas yang dah di laminate tak boleh sewenang-wenangnya kita buka, nanti bank tak beli semula. Jadi cikjun syorkan bila rakan-rakan nak beli emas kena tahu beberapa perkara dulu supaya memudahkan kita di kemudian hari Boleh klik sini tips membeli emas

untuk emas Public Gold rakan-rakan tak perlu risau kalau calar, gores, kemik macam jongkong kat bawah ni belian semula emas ni tetap mengikut harga website selagi beratnya masih sama :)

emas PG kemik

Jongkong emas Public Gold yang kemik

 

2.  Membuat gadaian di pajak gadai islam jika perlukan tunai

Kaum wanita kalau dah beli barang kemas memang sayang nak jual..tambahan pulak design yang beli tu cantek dan susah nak dapat, memang banyak sentimental value, dulu cikjun pun tak faham kenapa laa banyak betul barang kemas makcik-makcik ni kumpul dan sayang pulak tu…..bila tanya senang jer dorang jawab “ beli mas baguih boleh pakai…duit simpan nampak jadi “barang”, nak pakai duit boleh pegi gadai” Semudah itu jer dorang jawab, pemikiran yang sangat simple, tetapi betul!

mami jarum n gelang

penuh berhias emas tapi jika terdesak ada gunanya

Perhiasan zaman mak-mak dulu cuma emas saja, sekarang ni dah macam-macam dekat pasaran, harganya pulak mahal macam emas tetapi takde nilai seperti emas…contohnya macam rantai mutiara kat bawah harganya saja mencecah ribuan ringgit tetapi sayang ianya cuma berfungsi sebagai barang perhiasan, memang tak dapat nak gadai jika perlukan tunai segera.

rantai mutiara

set rantai mutiara memang cantek di pakai tapi sayang tak boleh nak gadai jika perlukan tunai

 

Gadai, bermaksud kita pajak emas kita di Arrahnu untuk dapatkan tunai segera sebagai pinjaman, dah ada duit nanti kita tebus balik emas kita.Jadi wang gadaian ni boleh lah nak guna untuk modal berniaga, bayar yuran pengajian anak-anak di universiti, atau apa-apa saja yang bermanafaat.

Cerita tentang ibu yang gadai emas untuk menampung kos pembelajaran anaknya di Universiti, Emas memang berguna betul di saat begini!

ibu gadai emas untuk anak belajar

Sebelum membuat gadaian pastikan emas yang kita beli ni boleh di terima oleh pajak gadai islam, Jika rakan-rakan membeli emas daripada Public Gold tak perlu risau sebab produk emas Public Gold diterima di semua Pajak Gadai Arrahnu Pos dan Bank Rakyat yang mempunyai cawangan hampir seluruh Malaysia

arrahnu BR flyer arrahnu pos flyer

p/s untuk buat proses gadaian kena ada Emas, resit belian asal dan sijil ketulenan emas jika ianya ialah jongkong ataupun syiling emas itu jer…

Mudah bagi kita wanita kalau nak pakai tunai serta merta dengan cepat! kadang-kadang kena beringat juga waktu kecemasan ni datang ketika tak diduga contohnya tiba-tiba anak yang belajar kat luar negara nak pakai duit, gaji tak masuk lagi, ada emas boleh juga gadaikan sekejap supaya boleh transfer kat anak, dapat gaji tebus balik emas kita. Rumah dan hartanah lain memerlukan masa untuk kita dapat tunai segera, jadi nak cepat Simpan emas ialah jawapannya sebab tak perlu dokumen-dokumen yang banyak.

Mulakan langkah pertama rakan-rakan klik sini saya nak beli emas,

Ada bajet kecil saja macam mana? klik sini beli emas secara ansuran

 

 

Related posts: