Alhamdulillah….

Cerita tentang emas…untuk wanita mesti terbayang barang kemas yang blink-blink tu…

Lepas tu otak otomatik kata mahal la nak beli kalau nak pakai saja jadi perhiasan…

j din pic

Barang kemas keluaran Public Gold : Credit to Tuan Shahruddin Master Dealer Public Gold  (https://www.facebook.com/shahruddin.shabri)

Kenapa?

Sebab kita tidak pernah diajar bahawa emas ialah HARTA bagi wanita

Kita Cuma nampak barang kemas ialah barang perhiasan…sebab itulah ada diantara rakan-rakan pelanggan yang selalu cerita suami dia marah asyik beli barang kemas, tak pun suami cukup gerun masuk kedai emas kot-kot poket kena cuci sekali…..

Antara faktor lain ialah zaman sekarang ni terlampau banyak perhiasan lain yang memang rambang mata yang bukan daripada kategori emas, ditambah pulak dengan pelbagai barangan berjenama yang membuatkan kaum wanita mudah berbelanja…

Contohnya beli handbag dan kasut  berjenama ribuan ringgit harganya mengalahkan harga emas segram

Mak-mak zaman dulu takde perhiasan lain selain emas..tak kenal gucci, prada, chanel, sebab itu mereka boleh simpan emas menjadi harta sehingga boleh diwarisi kepada anak cucu.

Apabila sebut tentang harta, apakah definisi harta :

kamus dewan

 

Harta ialah :

~  Sesuatu benda yang boleh disimpan,dikumpul serta mampu dimiliki

~  Sesuatu benda itu memberi faedah atau manfaat pada manusia

~  Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syarak

~  Sesuatu benda itu bernilai daripada pandangan mata manusia

 

Jadi barang kemas adalah harta,Jongkong dan syiling emas juga harta!

Emas sebagai harta sekiranya digunakan dengan betul ianya membawa sejuta kebaikan yang tidak kita sedari untuk berjihad ke jalan Allah SWT.

Ok jom kita imbas kembali Emas yang sepatutnya menjadi harta wanita yang

dilupakan….

 

Emas sebagai penghargaan dan kasih sayang kepada kaum wanita

Rakan-rakan cikjun yang bergelar wanita mesti sangat terkesan jika terima hadiah atau penghargaan dalam bentuk emas kan! Ada yang dapat dari suami, dapat dari mertua, dapat daripada ibu, semuanya ada sentimental value. Confirm tak jual dan akan simpan hingga boleh diwariskan dekat anak cucu-cicit kelak, terutamanya barang kemas perhiasan. Pemberian emas adalah lambang kasih sayang sebab logam emas ni kecantikannya kekal berpanjangan. Emas walaupun berpuluh tahun lama dalam simpanan jika dicuci sinarnya akan bangkit dan nampak macam baru.

emas tanda kasih sayang

Cincin Kahwin

 

Ok cikjun nak bagi perbandingan agak-agak kalau beli handbag channel yang harganya USD16,000 boleh tak kita nak wariskan kepada cucu dalam 10 tahun kelak…rasanya cucu pun dah taknak sebab outdated, tetapi kalau beli rantai tangan apa-apa design sekali pun jika diberi kepada cucu atau cicit confirm nak, tak pakai pun takper sebabnya ada nilai. Ini cuma contoh jer…supaya kita lebih bijak membuat belian, ada ketikanya belian seperti ini adalah untuk memuaskan hati dan lambang prestij tetapi bukanlah bertujuan untuk disimpan sebagai harta.

hand bag n emas

Gambar: handbag Chanel memang cantik tapi sayangnya ianya cuma lambang prestij sahaja, jika emas serpihan sekalipun tetap orang kutip simpan

Emas adalah harta yang dipercayai oleh wanita

Manusia meletakkan nilai yang tinggi pada emas kerana ianya cantik dan sukar diperolehi. Kenapa wanita , makcik-makcik zaman dulu suka emas ialah kerana kecantikannya, perhiasan bernilai tinggi yang azali. Orang tua dahulu kala sanggup menyimpan cincin emas sehingga penuh satu tempurung kelapa, kerana zaman nenek-nenek takde pelaburan lain melainkan tanah dan emas, institusi bank juga tidak wujud, jadi bila ada duit mereka beli emas dan simpan sebagai harta, orang yang ada emas pada zaman dahulu dianggap kaya sebab boleh beli emas.

Kuasa beli wanita amat besar sebenarnya, contohnya dekat negara China sebahagian besar yang menguasai pembelian emas di China ialah auntie-auntie ataupun makcik-makcik daripada uisa 40-60 tahun. Kenapa ? sebabnya mudah saja sebab mereka percaya logam emas tidak pernah mengecewakan…sebab tu dah tua-tua pun masih rebut peluang beli untuk diwarisi kepada anak cucu sebab mereka telah tahu kehebatan emas dari zaman muda

makcik cina

Gambar : Laporan mengenai simpanan emas di negara china banyak dipengaruhi oleh kaum wanita sekitar 40-60 tahun

Artikel penuh disini :

http://www.mineweb.com/mineweb/content/en/mineweb-gold-news?oid=228898&sn=Detail

Nota : “Dama” bermaksud makcik

Emas adalah harta yang dimiliki oleh wanita kerana kecantikannya

Emas yang telah ditempa menjadi perhiasan seperti loket, rantai dan gelang memang cantik, corak dari 20 tahun yang lalu masih lagi cantik dan tak pernah dikategorikan outdated. Jika rakan2 wanita perasan rantai corak pasir ataupun design gajah masih lagi menjadi pilihan utama peminat barang kemas. corak simple, cantik dan  mudah dipakai seharian.

 

rantai mesin

salah satu desugn rantai emas keluaran Public Gold, corak Evergreen gitu…

Cerita buah rantai Ibu mertua

“Mak beli ni dulu kat mekah sebab nampak cantik!” , dah berusia puluhan tahun masih lagi cantik. Ketika itu mak pun tak terfikir banyak tentang beli barang kemas, walaupun tahu nilainya naik dalam jangka panjang tapi beli loket ni ketika itu lebih kepada nak bawak balik sesuatu dari Mekah untuk dijadikan kenangan.

loket mak ida

Loket mak yang beli di Mekah

 

emas yang cantik ni menjadikan mak lebih berharta…..2 dalam 1.

Rakan-rakan cikjun yang nak berharta kena mula simpan emas sekarang. buat pilihan yang menyebelahi kita sebagai pembeli, jangan beli yang untung cuma tokeh, klik sini nak tahu lebih lanjut emas murah

 

Emas ialah harta yang paling mudah dimiliki oleh wanita

Istimewanya emas sebagai aset ialah ia amat mudah dimilki dalam jumlah yang kecil mengikut kemampuan. Selain itu proses membeli juga mudah , tak perlu dokumentasi jual beli ataupun kertas kerja. Bagi duit dapat emas, jual semula emas dapat duit, senang jer!

 Nota : Konsep beli emas senang iaitu tukarkan wang simpanan kedalam bentuk harta, sama saja macam beli rumah atau tanah.

Rakan-rakan wanita mampu miliki emas sebagai harta walaupun dengan bajet yang kecil,

pendant

loket serendah 5 gram sahaja tanpa upah tukang keluaran public gold

dinar depan belakang

1 dinar emas dengan berat 4.25gram sahaja, kumpul sikit2 lama-lama jadi bukit

 

Apa yang perlu rakan-rakan lakukan ialah buat survey dahulu sebelum membeli supaya emas yang dibeli memudahkan urusan rakan-rakan di kemudian hari. Bagi saya Emas Public gold yang paling mudah, telus dan selamat.

Untuk rakan wanita cikjun semua, jom kembali ke dunia Emas!!

Salam sayang…

Cikjun jutawanemas : 016-6545005