Meh sini cikjun nak cerita,

untungnya wanita ni boleh pakai barang kemas perhiasan selain cantik dipandang mata, malah hati berbunga-bunga dan buat wajah jadi ceria!

Dalam tak sedar kita boleh jadikannya sebagai harta! Bukan barang kemas jer, tapi jongkong dan syiling juga jika kita bijak menyimpan memang untung di kemudian hari.

Emas memang harta bagi wanita!

cikjun n emas

Hari ni cikjun nak kongsi sikit lagi kenapa wanita kena jadikan emas ni sebagai harta atau aset. Shopping pun shopping juga tapi mesti shopping harta bernilai untuk kita kemudian hari   Ok, kalau yang dah pernah tengok video ni http://bit.ly/wanitadanemasRTM1 cikjun dah terangkan tentang emas dapat mengelak kebocoran wang, nilai yang naik dalam jangka panjang dan emas boleh dijadikan pusingan modal.   kali ini cikjun tambah lagi 2 kelebihan emas untuk dijadikan harta bagi kaum wanita:

1. Emas mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang

2. Emas bernilai untuk selama-lamanya tetapi nilai wang pula semakin menurun

gold and money

1.       Emas mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang

Aduh bombastiknya ayat! …ok ceritanya macam ni  apa yang dapat dibeli dengan emas pada ratusan dan ribuan tahun yang lalu boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang. Sebagai contoh pada zaman rasulullah  S.A.W.  1400 yang lalu emas merupakan matawang, 1 dinar emas dapat membeli seekor kambing.

kambing dan 1 dinar

Gambar: 1400 tahun lalu 1 dinar emas dapat membeli seekor kambing

Begitu juga dengan hari ini dengan 1 dinar emas dengan berat yang sama iaitu 4.25gram dapat membeli seekor kambing, harga seekor kambing sekarang ialah dalam lingkungan RM600, harga ini bersamaan dengan harga 1 dinar emas pada hari ini

Harga 1 dinar emas keluaran Public Gold

*harga 1 dinar emas pada 5/2/2014

harga dinar

harga terkini boleh cek kat sini: http://bit.ly/cikjunemaspublicgold

 

dinar duit beli kambing

1400 dahulu, 1 dinar boleh beli seekor kambing, sekarang dengan harga 1 Dinar Emas juga iaitu dalam RM600 boleh beli seekor kambing

Oleh kerana nilai emas sentiasa naik dalam jangka panjang, kuasa beli kita dapat dikekalkan apabila menukarkan wang simpanan ke dalam bentuk emas.

Nota :#Nilai duit tidak bersandarkan kepada emas.Emas semakin mahal kerana nilai duit yang semakin kecil. Tetapi gram emas tetap sama!#

1 dinar emas ni ialah bentuk syiling emas, kalau nak yang boleh pakai dan melaram, boleh shopping loket emas yang beratnya dalam 5 gram macam kat bawah ni

loket bunga raya

 

2. Emas bernilai untuk selama-lamanya tetapi nilai wang pula menurun

Emas bernilai untuk selama-lamanya, bukan sahaja sebagai perhiasan yang cantik di dunia tetapi emas juga dijadikan sebagai hadiah didalam syurga.

Dalam Alquran disebut dalam surah :Al-Hajj(22), ayat 23
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan g
elang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. 

 

Berdasarkan hadis:

hadis

 

Nilai wang pula sentiasa menurun, atau kita cakap duit makin kecik nilainya, sebagai contoh masa cikjun kecik2 dalam tahun 80-an belanja ke sekolah cuma 20 sen jer , dengan 20 sen ni boleh beli nasi lemak sebungkus. Tetapi sekarang 2014 nasi lemak yang sama banyak tetapi harganya ialah RM1.00-RM1.50

NASI LEMAK 20 SEN

Zaman 80an, nilai 20sen besar sangat hingga boleh beli sebungkus nasi lemak tetapi sekarang 20sen dapat gula-gula hacks jer 5 biji. Sebab itu kita kena bayar nasi lemak dengan RM1.50 kerana nilai yang ada pada wang berjumlah 20sen tidak dapat lagi membeli sebungkus nasi lemak kerana nilainya yang semakin kecil. Jadi wang kertas tak boleh jadi aset yang unggul!

Nilai wang kertas yang semakin menyusut

Baru-baru ini akhbar tempatan melaporkan nilai ringgit yang semakin menurun , awal tahun dan selepas tahun baru cina.

tahun mencabar untuk ringgit ringgit jatuh

 

Jadi kepada semua rakan-rakan wanita, cikjun sarankan shopping emas sekarang, sebab harga emas ketika ini sangat-sangat rendah jika dibanding dengan harga pada tahun 2011. Beli emas ketika harga rendah kita dapat banyak gram emas. Simpan emas tak kiralah barang kemas, jongkong atau syiling kesemuanya boleh jadi harta yang paling unggul untuk kita kemudian hari.

Nak tengok barang kemas blink-blink boleh tengok kat sini http://bit.ly/barangkemaspublicgold

Yang kurang minat pakai barang kemas boleh pilih jongkong atau dinar emas

http://emaspublicgold.com/gambar-produk-public-gold/

 

 

 

 

Related posts: