Alhamdulillah minggu lepas iaitu hari Khamis , 16hb Januari 2014 saya berpeluang untuk berkongsi tips-tips menyimpan emas untuk wanita dalam rancangan FEMININ di RTM1  secara langsung dengan topik : Wanita Dan Emas

Ini adalah rakaman daripada temubual tersebut :

jun n jongkong

beberapa tips yang saya kongsikan dalam temubual ini ialah tentang

1. Kelebihan menyimpan emas berbanding wang tunai

2. Target simpanan emas

3. Hukum menyimpan emas bagi orang Islam

4. Tips-tips memilih barang kemas

 

1. Kelebihan menyimpan emas berbanding wang tunai:

banyak kelebihan menyimpan emas berbanding wang tunai tetapi cikjun kongsikan 3 yang terpenting, iaitu

-Emas boleh mengelak kebocoran wang

apabila wang disimpan dalam bentuk tunai ianya mudah untuk dibelanjakan walaupun untuk barang yang kurang perlu, tetapi apabila tukar dalam bentuk emas, fikiran kita lebih cenderung untuk simpan emas tersebut. Oleh itu keinginan untuk berbelanja bagi wanita dapat dihadkan.

-Emas Untung disimpan jangka panjang

Emas jika disimpan lebih lama maka lebih baik kerana nilai emas ni naik dalam jangka panjang

-Emas boleh dijadikan pusingan modal

emas boleh dijadikan pusingan modal contohnya untyk kegunaan perniagaan, jika perlukan tunai boleh dapatkan pinjaman di pajak gadai islam ataupun arrahnu dengan mencagarkan emas yang dimiliki, dan tebus semula apabila sudah beroleh keuntungan melalui perniagaan.

otak fikir

Gambar: Persepsi wang tunai dan emas dari segi psikologi pemikiran manusia.

DSC07984

Gambar : Jongkong dan syiling emas keluaran Public Gold

2. Target simpanan

Jika memulakan simpanan emas, wanita perlu tahu target simpanan, iaitu berapa lama nak simpan emas, sebab dalam jangka pendek harga emas boleh berlaku kenaikan dan penurunan. Sekiranya berniat untuk menyimpan cikjun sarankan untuk menyimpan lebih daripada 3 tahun. nak buat bacaan lanjut bagaimana menetapkan target nak simpan emas klik sini : target simpan emas

3. Hukum menyimpan emas bagi orang islam

Dalam temubual ini pengacara bertanyakan tentang jual beli emas daripada akaun simpanan emas. Untuk akaun simpanan emas pembeli tidak dapat emas fizikal cuma nilai emas dan harga sahaja yang ditulis didalam buku akaun emas tersebut, jadi menjawab persoalan ini cikjun suka menekankan untuk orang islam perlu ikut hukum jual beli iaitu beli emas mesti dapat emas fizikal.

4. Tips-tips membeli barang kemas

6 tips yang wanita kena tahu apabila membeli barang kemas

Tips #1 : Survey Harga

semua harga emas di kedai emas tidak sama, jadi kena buat survey dahulu , kedai emas yang popular seperti Poh Kong, Wah Chan dan Tomei misalnya menggunakan harga yang ditetapkan oleh FGJAM- Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia, ada juga kedai-kedai emas biasa yang menetapkan harga mereka sendiri, jadi kena tanya betul-betul kadang2 tokeh boleh bagi murah sikit.

harga emas tomei

Gambar:contoh harga emas dari sebuah kedai emas yang popular mengikut harga FGJAM

Tips #2: Kos Upah Tukang

barang kemas di kedai emas biasanya ada upah tukang, jadi kalau berkenan satu design katakan rantai emas 10 gram design melur, tanya dulu berapa kos upah tukang sebab design yang sama mempunyai kos upah tukang yang berbeza yang ditetapkan oleh tokeh kedai. jadi rakan-rakan kena tawar menawar supaya dapat harga yang berpatutan. Barang kemas Public Gold tidak ada upah tukang cuma kos pengakutan sahaja RM20 jika beli di cawangan, kalau beli dekat HQ di Penang maka tak kena kos pengangkutan memang jimat banyak .Klik sini untuk tengok macam-macam barang kemas yang cantik-cantik tanpa upah tukang dan kelebihannya : barang kemas keluaran Public Gold

barang kemas PG

Gambar Rantai tangan keluaran Public Gold , boleh layari www.publicjewellery,com.my untuk banyak lagi design yang cantik-cantik!

Tips #3: Pilih barang kemas dengan gred 916 (22 karat) ke atas

barang kemas biasanya menggunakan emas 916 iaitu 22 karat, elakkan membeli gred di bawah gred 916 contohnya 750 sebab kandungan emas yang kurang serta bila digadaikan untuk dapat tunai segera nilainya tidak begitu tinggi.

Tips #4: Pilih barang kemas padu

pilih barang kemas yang padu sebab ianya tahan lasak dan sesuai untuk pakai hari-hari. kalau terlalu nipis boleh cepat putus atau pun kemik, nanti dah kemik hati pun tak ceria lagi :( contoh dibawah ialah gelang tangan cikjun yang patah sebab tak padu dalamnya kosong saja, bila buat kerja2 rumah memang tak sesuai pakai yang nipis macam ni.

gelang berlubang n patah

gambar di bawah contoh barang kemas 916 yang padu macam cikjun pakai sekarang, walaupun beratnya cuma 11.5 gram tetapi padu, dah 3 tahun pakai hari-hari kat tangan dan tak pernah buka. berbaloi beli yang padu. :)

rantai tangan padu

 Tips #5: Pilih barang kemas yang takde hiasan batu permata

Barang kemas yang ada batu permata jika dijual semula batu permata tersebut tidak dikira sekali dengan berat emas, samada kedai emas akan pulangkan semula dan beli dengan harga tertentu. lagi satu barang kemas yang ada batu permata ni agak sukar dinilai oleh mesin densimeter yang digunakan di arrahnu atau pajak gadai islam untuk proses gadaian jadi tak dapat timbang dengan tepat

cincin batu

Gambar : contoh barang kemas yang ada batu permata

Tips #6: Pilih susut nilai yang rendah

Rakan-rakan wanita kalau nak beli mesti tanya juga berapa susut nilai barang kemas yang dibeli. Susut nilai ni maksudnya berapa harga yang kedai emas beli balik jika kita nak jual semula barang kemas kita. Susut nilai setiap kedai emas berbeza-beza ikut budi bicara tokeh kedai, ada yang hingga 25%, lebih kecil susut nilai lebih bagus, barang kemas dari keluaran Public Gold menawarkan susut nilai yang kecil iaitu 14% sahaja.

Minggu ini khamis , 23 Jan 2014, Jam 9.30 di TV1, pagi Cikjun akan sambung lagi topik : wanita dan emas , InsyaAllah banyak tips-tips yang menarik yang dikongsikan nanti khususnya untuk wanita…Stay Tune!

kak azura contestwanita dan emas ulead ads

Related posts: