Alhamdulillah menjadi panel sekali lagi di RTM 1 FEMININ, 23 Januari 2014 untuk menyambung bahgian ke-2 Wanita dan Emas, kali ini cikjun berpeluang untuk kongsi mengenai emas dengan penonton FEMININ sebagai panel solo yang dihostkan oleh Datin Irra Ghani.

boleh tengok kat sini apa yang cikjun kongsikan dan cikjun tuliskan kembali tips-tips yang diberikan dalam video ini khas untuk pembaca semua.

wanita dan emas bah 2wanita dan emas part 2

Dalam rancangan ni cikjun kongsi tips-tips berikut:

1. Apakah perkara-perkara yang wanita perlu tahu sebelum membeli emas?

2. Bagaimanakah wanita boleh mengelak daripada tertipu apabila membeli emas?

3. Bagaimanakah wanita boleh mendapat keuntungan dengan emas?

4. Zakat emas

 

1.  Apakah perkara-perkara yang perlu wanita ketahui sebelum membeli emas?

 

Matlamat yang jelas

Sebelum beli emas, wanita kena ada matlamat yang jelas sebagai contoh beli barang kemas untuk jangka panjang, simpan selama 10-20 tahun nanti boleh wariskan dekat anak-anak,cucu kelak. Lagi satu ialah matlamat yang lebih spesifik contohnya simpan 3 keping dinar emas setiap tahun selama beberapa tahun sehingga harga emas naik dan capai target, kemudian jual kesemuanya untuk dapat tunai  dengan tujuan menunaikan haji di Mekah.

gelang aisyah

gelang tangan yang diberi oleh mak cikjun kini diwariskan kepada anak cikjun- simpan untuk diwarisi

loket love

Contoh: loket ni memang tujuan simpanan peribadi, confirm tak jual balik sayang giler! tapi kalau berlaku kecemasan boleh pegi pajak

 Tempoh menyimpan emas

Berapa lama nak simpan emas yang dibeli? 3 tahun, 5 tahun?kalau sanggup simpan selama setahun dengan anggapan harga emas akan naik tahun berikutnya maka kurang sesuai sebab dalam jangka pendek harga emas mungkin boleh turun dan boleh juga naik. Jadi faktor masa dan kesabaran juga perlu diambil kira.

Keselamatan

Untuk yang suka  kumpul barang kemas banyak-banyak kena simpan ditempat yang lebih selamat seperti Peti Simpanan Selamat ( Safe Deposit Box). Boleh sewa peti ni dekat bank ataupun syarikat swasta seperti Royal Safe Deposit box atau pun Public Safe.

safe deposit

 

safe deposit box

Gambar : contoh peti simpanan selamat

Mudah untuk dijual semula

Nak beli barang kemas, jongkong atau syiling emas kena tanya tokeh kedai tentang 2 perkara dibawah

#1. Jaminan belian semula

Kena tanya tokeh kedai atau syarikat yang jual emas samada dia beli balik tak emas yang dijual kat kita? Kalau misal kata emas yang kita beli ni putus calar, bengkok macam mana? Jika di bank seperti kijang emas yang dijual oleh maybank, syarat-syarat yang kita wajib tahu ialah syiling emas ni tak boleh calar . gores atau bengkok nanti bank tak terima untuk kita jual balik. Jadi tak bolehla suka-suka pegi gadai di arrahnu sebab risiko untuk calar semasa proses gadaian tu memang ada.

 #2. Susut nilai emas yang dibeli

Susut nilai ni ialah peratus harga belian semula oleh syarikat atau kedai emas yang dikira daripada harga semasa emas. Contohnya jika harga emas RM145/gram maka jual balik kat kedai emas akan tolak 25% daripada RM145, jadi lebih kurang RM 109/gram. Kalau ada gelang tangan 10gram maka rega beli RM1450, jual balik dapat RM1090 beza RM360 tuuuu isk…rugi-rugi….Jadi kena tahu berapakah susut nilai yang ditawarkan, lebih kecil peratus susut nilai lebih bagus. Produk emas yang dikeluarkan oleh Public Gold mempunyai susut nilai yang sangat kecil antara 4.5% hingga 8% sahaja untuk syiling dan jongkong memang sesuai sangat untuk dijadikan simpanan masa depan. Klik sini untuk tahu kelebihan produk emas Public Gold.

subang patah

Gambar: subang cikjun yang dah tercabut cakuknya sebab tersangkut tuala :(.. bila tanya kat kedai nak trade in tolak 15%, kalau jual balik tolak 25% sebab patah dikira emas ni rosak

rantai D series 40 gram

Rantai tangan daripada Public Jewellery, susut nilai cuma 14% tak kiralah calar, atau putus, selagi berat masih sama, tetap tolak 14% juga, tak kena tolak lagi walaupaun emas dikira rosak

Kesemua perkara nie kaum wanita kena tahu sebelum beli emas atau barang kemas, jangan tengok cantik jer terus beli..buat sedikit survey dan tanya dulu dekat kedai-kedai emas ataupun syarikat yang menjual emas.

 

 2. Bagaimanakah elak dari tertipu apabila membeli emas.

Senang jer nak elak ditipu bila beli emas, iaitu “Beli emas mesti dapat Emas” emas fizikal tersebut mesti kita simpan sendiri. Sekiranya ditawarkan dengan pulangan bulanan atau pun hibah setiap bulan elakkan! Besar kemungkinan ianya adalah skim cepat kaya.

Beli di tempat yang diiktiraf dan kita ketahui syarikat atau kedai emas tersebut mengeluarkan produk emas mengikut ketulenan yang sebenar. sebab ada kes yang kita beli emas dengan harga emas 916 tetapi ketulenan emas yang kita dapat cuma 750 sahaja, selalu yang jadi macam ni ialah barang kemas perhiasan.

gold plated

gambar : ini adalah contoh barang perhiasan tembaga yang disalut dengan emas, nampak macam emas tapi sebenarnya bukan!

 

3. Bagaimanakah wanita boleh mendapat keuntungan dengan menyimpan emas?

cikjun kongsikan  3 yang paling mudah sekali

 #1. Simpan emas sebagai harta @ aset jangka panjang

Emas jika disimpan lebih lama lebih baik sebab nilainya yang naik dalam jangka panjang, dengan kenaikan nilai emas ni kita boleh dapat nilai pinjaman yang tinggi jika memerlukan modal untuk berniaga, bayar yuran pengajian anak-anak dan apa saja kegunaan yang penting untuk masa depan.

#2. Menjual beli secara aktif

Simpan emas dalam satu jangkamasa berdasarkan target masing-masing, contohnya hari nie beli 1 dinar emas harga RM595 bila harganya naik menjadi RM700 jual semula untuk dapat keuntungan atas kenaikan harga emas. jadi emas ni tak disimpan selama-lamanya hanya untuk jual-beli dan dapat untung secara tunai.

dinar depan belakang

Gambar : 1 Dinar emas bahagian depan dan belakang, seberat 4.25 gram

1 dinar emas PG

Gambar : 1 Dinar emas beserta sijil ketulenan

 #3. Menyimpan sambil berniaga emas

Disamping menyimpan dan menikmati kenaikan harga emas jangka panjang, kita boleh dapat keuntungan melalui berniaga emas , sebagai contoh Public Gold membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi agen jualan. Agen akan dapat komisyen jualan, cara nie membolehkan kita dapat keuntungan 2 dalam 1 sebab kenaikan harga emas dan komisyen jualan, minat nak berniaga emas? klik sini >minat berniaga emas

4. Zakat emas

klik sini untuk artikel penuh tentang zakat emas 

Related posts: