Alhamdulillah sebut sahaja mekah terbayang Kaabah yang indah didepan mata, MasyaAllah berlinangan air mata…rakan-rakan wanita yang dah dijemput ke mekah bersama pasangan mesti rasa nak pegi lagi kan! seronoknya kalau boleh tiap-tiap tahun nak pegi…

SONY DSC

 

Jadi , cikjun nak kongsikan sedikit dengan emas kita boleh percepatkan simpanan untuk ke mekah menunaikan haji dan umrah. InsyaAllah panjatkan doa moga dijemput olehNya menjadi tetamu istimewa di tanah suci.

Untuk rakan-rakan yang dah kahwin boleh bantu pasangan dengan sama-sama kumpul emas untuk ke mekah. Besar pahala seorang isteri dapat bantu suami sama-sama menunaikan haji…

Ok jom kita tengok kos untuk menunaikan haji dari tahun 1997

info tambang haji

 

Untuk tahun 2009 kos menunaikan haji ialah RM9980 seorang dan masih kekal hingga tahun 2013.

Kat sini cikjun ambik perbandingan dengan menyimpan dalam bentuk dinar emas iaitu 1 dinar emas seberat 4.25gram

dinar depan belakang

 

Tahun 1998

Pada tahun 1998, harga emas untuk segram adalah dalam anggaran RM32.00. jadi harga 1 dinar emas ketika itu ialah dalam RM 136.00 ( RM32 x 4.25gram)

Kos tambang haji 1998 ialah RM7831, dalam bentuk dinar emas kita perlukan dalam 58 keping 1 dinar emas ( RM7831 /RM136.00)

Tahun 2001

Pada tahun 2001, harga emas untuk segram adalah dalam RM40.00. jadi harga 1 dinar emas ketika itu ialah dalam RM 149.00 ( RM35 x 4.25gram)

Kos tambang haji 2001 meningkat kepada RM8585, dalam bentuk dinar emas kita perlukan dalam 57 keping 1 dinar emas ( RM8585 /RM149.00)

 

Tahun 2005

Pada tahun 2005, harga emas untuk segram adalah dalam RM50.00. jadi harga 1 dinar emas ketika itu ialah dalam RM 213.00 ( RM x 4.25gram)

Kos tambang haji 2001 ialah RM9445, dalam bentuk dinar emas kita perlukan dalam 44 keping 1 dinar emas ( RM9445 /RM213.00)

 

Sekarang kita tengok Tahun 2013,

harga segram emas adalah dalam RM 136.00. harga 1 dinar emas adalah dalam RM595 ( klik sini> harga 1 dinar Public Dinar)

Kos tambang haji pada 2013 ialah RM9980, dalam bentuk dinar emas kita perlukan dalam 17 keping sahaja ( RM9980/RM595)

1998- 58 keping 1 dinar emas

2001- 57 keping 1 dinar emas

2005- 44 keping 1 dinar emas

2013- 17 keping 1 dinar emas

Kenapa makin sikit dinar emas yang perlu disimpan? Sebab nilai emas naik dalam jangka panjang, tetapi nilai wang pulak makin menurun.

Contoh: Target untuk menunaikan haji dalam 5 tahun lagi

Secara purata harga emas meningkat dalam 15-20% setahun ( berdasarkan rekod 10 tahun yang lalu), jadi jika kita ambik kadar kenaikan harga emas sebanyak 15% setahun, 1 dinar emas akan berharga RM1200 pada tahun yang ke-5. Maka jumlah dinar emas yang diperlukan cuma 8 keping jer (RM9980/RM1200)

Katakan kos haji meningkat 10% untuk 5 tahun akan datang, jadi RM10,978, bilangan dinar yang kita perlukan juga masih sedikit iaitu dalam 9 keping jer.

Jadi dengan menyimpan emas, kita telah mengekalkan nilai wang tersebut tanpa perlu menambah simpanan dalam bentuk wang ringgit

Bagaimana nak rancang dapat 9 keping ni, cuba klik sini. Jika ada modal nak simpan sekaligus 9 keping pun boleh sebab skarang 9 keping ni dalam RM5000++ sahaja, lepas tu boleh tunggu 5 tahun lagi untuk jual semula untuk dapatkan tunai.

Nak simpan bentuk barang kemas tak berapa sesuai sebab nak jual balik terasa sayang pulak, jadi kita simpan jer dalam bentuk dinar emas

Related posts: