Hari ini saya ingin berkongsi satu tips.

Bagaimana melatih anak-anak anda menabung dan membeli emas melalui wang simpanan mereka?

Saya ada pengalaman melatih anak-anak supaya gemar menabung dan membeli emas dan perak.

Jadi saya nak share ilmu ini dengan anda semua supaya anak-anak kita semua hebat menabung dan bijak menguruskan kewangan.

Ibu bapa mesti rasa gembira sekiranya anak-anak mereka pandai menguruskan kewangan kan?

Strategi membeli emas dengan duit tabung anak-anak.

Baiklah, anak-anak kita boleh diajar strategi membeli dan menyimpan emas @ perak dengan 3 cara:

1. Galakkan mereka menabung
2. Latih mereka untuk menguruskan wang saku mereka (keluar masuk duit)
3. Membuat  target simpanan emas & perak sendiri

Saya nak share bagaimana melatih anak-anak anda supaya boleh simpan emas dan perak.

Ready? Mari mulakan sekarang!

Ini anak-anak saya. Nama Aisyah dan Fadzil.

Tahun 2013, Aisyah darjah 4. Fadzil darjah 2.

aisyah_fadzil

Ada 3 proses yang perlu kita buat sebelum anak-anak mahir menabung dan merancang perbelanjaan.

1. Kenalkan anak-anak dengan fungsi duit
2. Galakkan mereka menabung sehingga ia menjadi satu keseronokan berbanding berbelanja.
3. Duit tabungan. Nak beli mainan atau nak beli emas@perak?

 1. Kenalkan anak-anak dengan fungsi duit terlebih dahulu.

Saya mendidik anak-anak mengenai fungsi duit ketika mereka berusia 7 tahun (masuk sekolah rendah).

Ketika ini anak-anak dah mula berdikari, contohnya beli makanan sendiri di kantin. Jadi amat sesuai untuk memberi pendidikan kepada mereka.

Apabila mereka dah tahu duit boleh digunakan untuk membeli makanan dan minuman kat kantin, maka waktu ini amat sesuai untuk kita mendidik anak-anak tentang kegunaan duit,

Caranya ialah bersembang secara santai dan tanyakan anak-anak soalan ini:

“Selain daripada boleh beli makanan, kita boleh buat apa lagi dengan duit?”

Pasti macam-macam jawapan yang anak anda berikan. hehehe.. iyerkan saja jawapan mereka.

Lepas tu cucuk ler jarum .. katakan  “Dengan duit kita boleh bersedekah”,

“Dengan duit kita boleh bantu orang susah”,

“Duit boleh simpan supaya banyak dan boleh beli barang mahal-mahal nanti”.

Biar anak-anak kita tahu yang wang itu banyak gunanya. Bukan buat beli barang ajer.

 2. Galakkan mereka menabung sehingga ia menjadi satu keseronokan berbanding berbelanja.       

Semenjak kecil kita diajar belanja duit tu syok, contohnya bila mak bagi duit “Nah pegi beli aiskrim!” syok kan! .

Kita buat reverse psychology sket. Kita jadikan aktiviti menabung menjadi satu keseronokan untuk mereka :)

Bagaimana caranya?

Ini adalah kaedah bagaimana saya berjaya mempengaruhi anak-anak supaya dapat menabung dan membeli dinar emas Public Gold dan 10 dirham.

p/s:  1 Dinar emas Public Gold adalah syiling emas dengan berat 4.25 gram dan ketulenannya adalah emas 916. Anggaran harga RM600 sekeping.  10 Dirham pula adalah syiling perak yang berketulenan 999 dan beratnya ialah 29.75 gram. Anggaran harga RM100 ++

1_dinar_public_gold_depan_belakang

10_dirham

 Gambar di atas:  1 Dinar emas Public Gold dan 10 dirham perak.

Resipinya adalah seperti berikut:

Anda perlukan:

i. Buku log (nak catat duit masuk dan keluar)
ii. Tabung duit DAN petty cash sorang satu
iii. Duit belanja sekolah untuk satu minggu terus
iv. Auditor akaun (mak atau ayah)

Mula-mula, kasik duit belanja sekolah anak-anak anda terus lumpsum untuk satu minggu.

Contohnya, setiap hari Ahad saya akan kasik duit kocek RM25 setiap orang.

Ini adalah duit belanja untuk seminggu sekolah.

p/s: Untuk makluman RM25 seminggu saya start kasi pada tahun 2013. Pada tahun 2012 masing-masing dapat duit kocek RM20 seminggu. Tahun 2014 mereka diberi RM30 seminggu.

duit_RM25 

Soalan keramat yang perlu ditanya setelah anak dapat duit.

Soalan keramat yang akan saya ditanya selepas kasi duit kat mereka adalah “berapa Aisyah dan Fadzil nak simpan?” (sebab kita nak mereka ingat, kalau dapat duit mesti fikir simpan dahulu, lepas tu baru fikir belanja)

Saya biarkan mereka buat keputusan sendiri berapa RM mereka nak simpan.

Duit yang nak disimpan mereka akan letak dalam tabung, duit yang nak belanja mereka letak dalam petty cash. Sekarang anda faham kenapa ada tabung dan petty cash kan?

Setiap kali mereka terima duit maka mereka akan tulis dalam buku log dan saya akan tandatangan.

p/s: Biasanya Aisyah atau Fadzil akan simpan sekurang-kurangnya RM5.00 seminggu ke dalam tabung, lama kelamaan boleh meningkat sehingga RM10.00 seminggu.

buku_log_duit

Gambar: Buku log untuk mencatat pergerakan duit keluar masuk.

catatan

Gambar: Catatan rekod duit keluar masuk oleh anak-anak.

tabung_dan_petty_cash

Gambar: Duit nak simpan masuk tabung. Duit nak belanja masuk petty cash.

Disiplin mencatat perbelanjaan.

Anak-anak saya mesti tulis berapa duit dibawa ke sekolah setiap setiap hari dan berapa duit yang dibelanjakan.

Contohnya: Hari Isnin bawa RM3. Belanja RM2.

Setiap hujung minggu saya akan audit perbelanjaan mereka.

Kalau mereka ada menerima duit yang disedekahkan oleh orang lain. Contohnya duit raya, mereka perlu catat dalam buku log masing-masing.

Bagaimana menambahkan keseronokan anak-anak menabung?

Untuk memberikan keseronokan menabung, anak-anak perlu diberikan peluang untuk menambahkan pendapatan dengan membuat kerja-kerja rumah. Saya dapati anak-anak akan lebih kuat menabung jika kita tawarkan upah tambahan melalui kerja-kerja rumah.

Kita boleh beri ikut kemampuan ibu bapa. Sebagai contoh anak-anak saya memang suka cuci kereta (sebab boleh main air jugak).

Jadi, upah cuci kereta  saya tawarkan ialah RM 3.00 kalau cuci bahagian dalam sekali dapat RM5. Daripada bagi kat bangla car wash, baik kasik duit kat anak kan?

Bila mereka dapat duit upah, terus akan masuk @ petty cash. Mereka juga catat jumlah upah.

p/s: Bukan semua kerja dapat upah yer. Basuh kereta dapat upah. Kalau buang sampah dan cuci kasut diorang sendiri maka takde upah :P

Hujung minggu kena audit akaun.

Seminggu sekali, buat audit bersama anak-anak.

Tengok berapa jumlah mereka belanjakan dan berapa baki yang tinggal. Anak-anak seronok bila duduk semeja dengan mereka dan kita lihat apa yang mereka tulis dalam buku log.

Puji, peluk dan ucapkan tahniah atas kejayaan mereka simpan walau pun sikit. Lepas tu anda boleh belanja aiskrim sebagai hadiah.

Pengalaman Aisyah belanja defisit :

Bila anak-anak menguruskan kewangan sendiri. Mesti akan ada banyak pengalaman yang akan mereka lalui.

Contohnya duit habis sebelum hujung minggu@pokai.

Aisyah pun pernah menghadapi belanjawan defisit.

Sebabnya ialah Ice blended.

ice-blended

Aisyah tiba-tiba pokai. Hari khamis duit dah habis (sebab tiap2 hari dia beli Ice blended RM2.50)

Dah pokai, dia mintak duit advance dengan saya. Hehehe.. budak kecik pun tahun minta advance :)

Saya kata “Boleh! tapi duit nie mama kasik sebagai advance, Aisyah kena menabung balik duit belanja sekolah untuk bayar balik dekat mama”

“Tak pun mama tolak dari duit saku sekolah minggu depan” kata saya.

Dengan cara ini anak-anak akan belajar bagaimana nak selesaikan masalah kewangan (belanjawan defisit).

Lepas tu Aisyah terus letak had untuk beli Ice blended.

Sebelum nie hari-hari beli Ice blended. Sekarang beli sekali ajer seminggu.

Inilah pengalaman yang dia rasai dan sememangnya takkan diajar di sekolah.

 3.  Duit tabungan. Nak beli mainan atau beli emas@perak?

Kanak-kanak dengan mainan memang tak dapat dipisahkan.

Dalam hal ini anak-anak saya memang kepingin benar nak miliki smart tab sendiri.

Jadi apa yang saya buat ialah, saya kata “boleh!” Kedua-dua boleh beli.

Tapi saya cakap kalau nak duit jadi makin banyak kena simpan dirham @ emas dulu.

Jadi mereka beli dirham terlebih dahulu. Ada baki around RM117.00 sebahagian modal untuk beli smart tab. Harga smart tab RM217.00

Balance tu abahnya top-up sorang RM100. (Ini bagi mendidik anak-anak menghargai setiap barang yang mereka beli, kerana mereka kena keluarkan duit mereka sendiri untuk mendapatkannya).

Kedua-duanya mereka berjaya mencapai impian membeli smart tab.

Kejayaan membeli emas.

Setelah setahun menyimpan duit kocek, upah kerja rumah dan juga duit raya, Aisyah dan Fadzil berjaya membeli 1 dinar emas hasil tabungan dan elaun tambahan untuk kerja-kerja rumah.

aisyah-n-gold    fadzil-n-gold

aisyah-n-tab

Gambar: Berjaya simpan 1 dinar emas Public Gold, 10 dirham dan berjaya beli smart tab. Senyum :)

Ingat! bukannya jumlah duit menjadi kayu ukuran. Tapi kita sebagai ibu bapa nak menyemai tabiat merancang menabung dan merancang kewangan sejak anak-anak kita muda.

Bila menabung dan merancang kewangan menjadi tabiat mereka maka InsyaAllah senanglah hidup mereka nanti.

Semoga pengalaman ini dapat dipraktikkan bersama anak-anak anda!, dengan perancangan kewangan yang betul anak2 boleh miliki kedua-duanya.

Jika anda berminat memulakan simpanan emas untuk diri sendiri dan merancang masa depan anak-anak dengan emas

Ada soalan?

Menyemai tabiat menabung dan pengurusan kewangan sangat penting untuk anak-anak kita. Saya sebagai ibu merasa amat gembira melihat anak-anak berjaya membeli emas dan perak hasil titik peluh mereka sendiri.

Mama love you Aisyah and Fadzil. Muaks!

Jika anda perlukan khidmat nasihat ataupun nak berkongsi pengalaman, letakkan komen anda di ruangan komen.

Anda juga boleh hubungi saya melalui Whatsapp/viber/Weechat/Facebook.

Saya sedia membantu anda :)

CikJun : 016-654 5005
Gold Investment Consultant.

Related posts: