cikjunAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat berkenalan.

Nama saya Jonaina Nordin, boleh panggil CikJun,

Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan memiliki 3 orang cahaya mata.

Saya bermula menyimpan emas sebagai aset sejak tahun 2008.

Sebelum itu, saya cuma tahu emas cuma barang kemas. Saya tak tahu kewujudan jongkong emas , syiling emas dan dinar emas yang dibuat untuk tujuan pelaburan. Namun atas sebab minat yang mendalam, saya buat kajian, pembacaan dan pembelian emas sebagai simpanan.

Memang seronok memiliki emas. Apatah lagi bila ilmu ini diajar kepada anak-anak sejak kecil.

Bayangkan jika anak-anak anda sudah celik emas dan perak sejak sekolah rendah lagi.

Bayangkan betapa seronoknya melihat anak-anak menabung wang kertas dan akhirnya menukarkannya kepada aset yang lebih baik iaitu emas dan perak.

Saya ingin berkongsi ilmu ini dengan anda. Terutamanya jika anda masih baru dengan dunia pelaburan emas dan perak.. Saya berharap kita dapat berkongsi keseronokan bersama-sama. Keseronokan inilah yang membuatkan saya teruja untuk berkongsi pengalaman dengan anda.

Saya akan bantu anda menjadi pelabur@penyimpan emas dan perak yang berjaya :)

Dengan ilmu dan pengalaman yang saya kongsi didalam blog ini akan membantu anda membuat pelaburan emas yang betul.

Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan.

Anda boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp/pm facebook ~ 016-654 5005 ataupun menggunakan contact form (klik sini)