Untuk membuat pelaburan emas CikJun recommend produk Public Gold.

Ini yang paling, mudah, untung dan selamat.

produk_public_gold

Mengapa Public Gold menjadi pilihan terbaik?

1. Public Gold adalah syarikat terbesar di Malaysia yang menjual emas dan perak untuk pelaburan.

Public Gold adalah sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas pelaburan yang terbesar di Malaysia.

Jenama Public Gold sudah berada di pasaran sejak tahun 2008 sehingga sekarang.

public_gold_hq

Gambar: Ibu pejabat Public Gold di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak).

Ini adalah senarai cawangan Public Gold di seluruh Malaysia (boleh klik sini juga)

2. Harga emasnya jauh lebih murah dari kedai emas.

Public Gold adalah kilang emas.

Jadi harga kilang tentulah lebih murah dari harga kedai emas (jimat sekitar RM20 ++ segram).

Harga emas Public Gold boleh tengok kat sini: www.publicgold.com.my

3. Susutnilai lebih rendah dari kedai emas.

Susutnilai emas di kedai emas adalah antara 18% ke 30% (tingginya!)

Tetapi susutnilai emas Public Gold jauh lebih.

i. 4.5% sehingga 8% untuk jongkong emas
ii. antara 5% – 6% untuk dinar emas 916
iii. 10% sahaja untuk barang kemas i-series
iv. 12% ke 16% untuk jongkong perak 999.0

Jadi bila susutnilai rendah, keuntungan pembeli adalah lebih cepat!

4. Pelbagai produk yang dijual mengikut citarasa dan kemampuan anda.

Public Gold mengeluarkan jongkong emas, dinar emas,  jongkong perak dan syiling perak.

Anda boleh pilih apa-apa sahaja produk mengikut citarasa dan kesesuaian budget anda.

i. Untuk jongkong emas 999.9 anda boleh memilih dari berat berikut:
1 gram, 5 gram,10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 500 gram

ii. Untuk dinar emas 999 anda boleh memilih dari sebarang dinar bermula dengan:
1/2 dinar ( 2.125 gram),1  dinar (4.25 gram),5 dinar (21.25 gram) atau 10 dinar (42.50 gram)

iii. Untuk jongkong perak 999.0 anda boleh memilih jongkong
dengan berat( 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kilogram)

v. Untuk syiling perak 999.0, anda boleh memilih syiling 10 dirham
(berat 29.75 gram, perak 999.0)

5. Sistem tempahan dan jualan balik 24 jam sehari, 365 hari setahun!

Sistem tempahan online Public Gold beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Jadi anda boleh beli emas @ menjual semula emas mereka pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, pukul berapa pun anda baca artikel ini, anda boleh membeli emas Public Gold tanpa sebarang masalah. Best kan?

6. Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia.

Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak (kecuali Perlis). Anda boleh lihat senarai cawangan Public Gold di seluruh Malaysia disini (klik sini)

7. Harga emas yang dinamik dan berubah setiap 20 minit.

Satu fakta yang menarik tentang Public Gold ialah harganya berubah setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia. Berbeza dengan kedai emas yang lambat berubah harganya (kekadang sampai berminggu-minggu). Jadi anda boleh melihat kenaikan dan penurunan harga dengan pantas.

Ia membolehkan anda merancang urusan membeli dan menjual dengan mudah!

8. Urusniaga jualan yang patuh syariah.

Apabila anda membeli emas dengan Public Gold maka anda akan mendapat emas fizikal dan simpan sendiri. Ini adalah 100% patuh syariah!

Contoh urusniaga yang tidak patuh syariah ialah apabila anda membeli emas melalui akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh bank-bank. Walaupun nampak harga emas mereka murah, tetapi pembeli tidak mendapat emas fizikal. Cuma catatan di dalam buku sahaja.

Bagi memahami hukum membeli emas melalui akaun simpanan emas, anda boleh melihat soalan dan jawapan di dalam laman web Ustaz Zaharuddin di sini http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html

Apabila kita membeli emas samada di bank atau di kedai emas ia mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

Pertama bank, kedai emas @ syarikat yang menjual emas memiliki emas yang dijual semasa menjual.
Kedua, bank @ kedai emas tersebut memberikan bukti pemilikan kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas nilai emas yang dibeli.

Anda perlu berhati-hati. Apabila pelaburan emas menjadi semakin popular, maka banyak bank dan juga syarikat-syarikat menawarkan peluang pelaburan emas. Namun segelintir orang sahaja yang mengambil kira soal halal haram transaksi pembelian emas menurut Islam.

Dengan Public Gold, bila anda beli emas, maka anda akan dapat emas tersebut.

Anda pegang dan simpan sendiri.

Public_gold_bar_100gram

9. Produk emas Public Gold boleh digadaikan di Ar-Rahnu (pajak gadai Islam).

Produk Public Gold diiktiraf oleh institusi Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu POS.

Tengok risalah mereka kat bawah :)

arrahnu_bank_rakyat

arrahnu_pos

Jika anda memerlukan pusingan modal atau tunai sementara maka emas tersebut boleh digadaikan bila-bila masa.

p/s: Kalau beli emas di kedai emas dan bank, gerenti pembalutnya tidak boleh dibuka. Jadi anda tidak boleh menggadaikannya jika memerlukan tunai segera. Rugi banyak ooo…

10.Produk emas public gold bertaraf antarabangsa dan dikecualikan daripada GST 6%

Kini produk public gold iaitu jongkong dan dinar emas dikeluarkan beserta sijil LBMA iaitu badan dunia yang menentukan standard emas antarabangsa, London Bullion Market association, oleh kerana itu produk public gold yang mempunyai sijil ini dikecualikan daripada gst,

Jadi anda tidak dikenakan sebanrang GST jika membeli produk emas public gold beserta sijil LBMA. Jimat banyak !!

Ok sekarang mari kita lihat produk-produk Public Gold.

Public Gold menjual jongkong emas, syiling emas, dinar emas, jongkong perak dan juga barang kemas.

Jongkong Emas Public Gold.

Bagi jongkong emas, Public Gold menjual 3 jenis jongkong emas iaitu:

1. Jongkong emas Public Gold
2. Jongkong Emas BungaMas
3. Jongkong Emas Tai Fook

Mari kita lihat satu persatu.

Jongkong emas Public Gold dengan certificate LBMA, iaitu London Bullion Market Association

 

100 gram

100 gram gold bar

 

50 Gram

50 gram gold bar

20 gram, 10 gram, 5 gram dan 1 gram

1 gram PG

5 gram gold bar

10 gram gold bar

20 gram gold bar

Jongkong emas Public Gold (casted bar)

(Boleh didapati di dalam berat 250 gram dan 500 gram!)

250gram hp pic with cert 1

Jongkong Emas BungaMas

(boleh di dapati di dalam berat 10g, 20g, 50g dan 100 gram)

100gram_public_gold_bar_bungamas

 Jongkong Emas TaiFook

(boleh di dapati di dalam berat 10g, 20g, 50g dan 100g)

100gram_public_gold_bar_taifook

 Syiling Emas Public Gold

Untuk syiling emas 999.9, Public Gold hanya mengeluarkan satu bentuk sahaja iaitu syiling 50 gram.

50gram_gold_coin_public_gold

 Dinar Emas Public Gold.

Dinar adalah syiling emas yang digunakan oleh tamadun Islam. Beratnya ialah 4.25 gram

Produk dinar public gold berketulenan 999.9 iaitu 24 karat.

Terdapat di dalam bentuk 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

1.5 dinar

1 dinar

5 dinar

 

 Jongkong Perak @Silver Bar.

Selain dari jongkong emas, Public Gold juga menjual jongkong perak untuk tujuan pelaburan.

Jongkong perak boleh di dapati di dalam berat 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kilogram.

gambar_jongkong_perak_public_silver

Gambar: Jongkong perak Public Silver dari 100 gram hingga 1 kilogram.