Setelah GST dikuat kuasakan pada April 2015, pembelian terhadap barang kemas untuk perhiasan turut dikenakan GST.

Untuk pengetahuan anda, walaupun kedai emas atau peniaga emas biasanya mengatakan mereka tidak mengenakan GST itu bukan bermaksud anda tidak membayar gst ke atas belian tetapi ianya diserap masuk ke dalam kos tersembunyi seperti upah tukang dan harga emas yang sedikit mahal dari harga pasaran dunia.

BEBAS atau DIKECUALIKAN GST mempunyai makna berbeza di mana pihak peniaga emas tidak perlu memasukkan kos pengenaan GST ke dalam invoice belian anda

 

Barang Kemas tidak termasuk dalam kategori  Precious Investment Metal ( PIM), LBMA

Barang kemas untuk perhiasan wanita seperti rantai, cincin, gelang, rantai tangan biasanya diperbuat daripada emas 916 ataupun 22 karat

Emas 916 tidak termasuk dalam senarai yang bebas GST mengikut yang telah digezzet oleh pihak kerajaan Malaysia

rantai banyak

 

 

 

Pengiraan pengenaan GST ke atas barang kemas

Apabila GST mula dikuat kuasakan banyak syarikat-syarikat emas terkemuka yang masih menjalankan perniagaan barang kemas mengambil tindakan dengan cara menyerap GST ataupun biasanya dipaparkan “Kami tanggung GST anda”

Strategi memberitahu pelanggan bahawa syarikat  menyerap GST ini bukanlah untuk barang kemas saja, ada juga produk-produk lain yang menggunakan straktegi yang sama.

Untuk barang kemas “Syarikat menanggung GST” bukan bermakna anda yang membeli barang kemas tidak dikenakan GST tetapi ianya telah diambil kira melalui upah tukang dan harga emas tersebut.

Ia tidak akan ditulis secara langsung didalam resit belian yang diberi kepada kita sebagai pembeli tetapi dalam perakaunan syarikat mereka tetap perlu membayar GST atas urus niaga ini iaitu melalui pembayaran oleh kita ke atas harga emas yg telah dinaikkan. Jadi maknanya disini anda sudah pun  “membayar” GST cuma tidak dinyatakan atas resit sahaja.

 

kat bawah ni saya bagi satu contoh belian dari seorang pelanggan saya yang membeli barang kemas dari sebuah kedai yang terkenal.

RANTAI TANGAN POH KONG WITH GST

 

Tujuan pelanggan nie beli sebab dia teringin sangat nak pakai barang kemas, jadi dalam soal ini kita kena ketepikan spread emas dan sebagainya sebab tujuan pemilik ialah sebagai barang PERHIASAN.

 

Barang kemas harta selamat tetapi kurang sesuai sebagai Aset PELABURAN

Berdasarkan gambar nie ialah

Jenis emas : Rantai tangan emas 999

Harga per gram  : RM133

Berat rantai tangan : 6.98 gram

Upah tukang : RM141.66

GST 6% daripada harga keseluruhan : RM60.57

2 kos nyata yang sememangnya tertera ialah Upah tukang dan GST total kedua-duanya ialah RM202.23

kos terselindung pula ialah harga emas per gram. Harga emas per gram bagi setiap kedai emas tidak sama.

Jumlah keseluruhan untuk belian ini ialah RM1070.

jika kita bahagikan jumlah harga keseluruhan emas nie dengan 6.98 gram ianya jatuh segram RM153.20 per gram. Ianya hampir menyamai belian melalui GAP public gold  tetapi anda boleh dapat 1 gram emas jongkong keluaran Public Gold dengan kualiti yg lebih baik iaitu ketulenan 999, bertaraf antarabangsa dan dengan spread emas yang lebih rendah.

Perbezaan harga belian sahaja kita dapat lihat bahawa barang kemas memang kurang sesuai dijadikan aset PELABURAN bagi pembeli biasa.

13 may 2015

1 gram macam macam

 

Menukarkan barang kemas kepada jongkong emas LBMA sebagai satu alternatif simpanan untuk pelaburan masa depan.

Oleh kerana peratus susut nilai yang tinggi barang kemas jika dijual semula kepada kedai-kedai emas, terdapat satu lagi alternatif untuk mengurangkan kerugian dari segi susut nilai iaitu dengan menukarkan barang kemas kepada jongkong emas.

Dengan cara menukarkan barang kemas kepada jongkong emas LBMA, anda dapat memiliki emas yang mempunyai susut nilai kecil iaitu antara 4.5%-10% sahaja. Kelebihan jongkong emas Public Gold yang mempunyai susut nilai kecil akan menyebabkan anda lebih untung sekiranya emas ini perlu dijual semula untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ini juga merupakan satu tindakan dimana anda dapat mempelbagaikan simpanan emas anda

 

All Sets

 

Keadaan Ringgit yang semakin menurun saban hari tindakan anda membeli emas sememangnya tepat tetapi bukan dalam bentuk barang kemas, jika anda nak tukar simpanan wang sedia ada dengan bajet yang sikit-sikit, beli dalam bentuk jongkong emas ataupun syiling emas ( dinar emas). kelebihan emas public gold akan banyak membantu anda menghadapi situasi matawang negara kemudian hari.

Anda mahu maklumat lebih pantas bagaimana cara mudah dan termurah dalam malaysia kumpul emas segram demi segram tanpa sebarang yuran ahli, whatsapp cikjun laju-laju , cikjun 016-6545005

 

Jonaina Nordin @ Cikjun

Authorised Master Dealer Public Gold

016-6545005 ( whatsapp/pm FB)

Related posts: